Mohd Sharim Bawa Aspirasi Orang Muda Felda Di DUN Chini - MyRating

Mohd Sharim Bawa Aspirasi Orang Muda Felda Di DUN Chini



Mohd Sharim Md Zain telah diumumkan sebagai calon PRK DUN Chini pada 18 Jun 2020 oleh YAB Menteri Besar Pahang di Bangunan UMNO Bahagian Pekan. Mohd Sharim terpilih kerana dia adalah anak jati Felda Chini. Anak peneroka generasi kedua. 

Malah perkara besar yang membuatkan calon dipilih adalah kerana calon ini adalah bekas Pegawai Khas kepada Arwah Dato Bakar yang dahulunya adalah wakil rakyat di Chini. 



Mohd Sharim ini tidak ubah seperti bayangan arwah Dato Bakar dulu. Arwah dulu pun bukan sesiapa pun. Ramai yang kenal dengan Dato Bakar sebab dia pernah kerja di kedai Dmart Felda Bukit Tajau. 

Dato Bakar lah yang pergi hantar beras, gas dan barang barang dapur dengan motor kantin beroda tiga ke rumah rumah peneroka Felda pada waktu itu. 


Kerana arwah seorang yang low profile, humble dan menjiwai orang bawahan akhirnya rezeki arwah terpilih sebagai calon untuk rakyat di Chini. 

Rakyat sayang pada arwah yang dikenali sebagai Dato Burn. Kini rakyat Chini diberi peluang untuk memilih pengganti kepada Dato Burn, memang tidak ada orang lain yang layak melainkan Mohd Sharim yang tahu selok belok rakyat di Chini. #BN4Chini


No comments:

Powered by Blogger.