Pencapaian 100 Hari Menteri BN #IniMenteriBN - MyRating

Pencapaian 100 Hari Menteri BN #IniMenteriBN


Pencapaian 11 Orang Menteri Barisan Nasional

Tahniah kepada 11 orang Menteri Barisan Nasional yang berkhidmat dengan cemerlang selama 100 hari menjadi Menteri. Harus diingatkan sebagai Menteri, mereka berkhidmat tanpa gaji selama dua bulan kerana gaji mereka dipotong untuk Tabung Covid19. Tahniah sekali lagi kepada semua. Ini antara pencapaian mereka sepanjang 10 Mac 2020 hingga 18 Jun 2020

10 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba membuat tinjauan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

11 Mac 2020   Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa mempengerusikan mesyuarat hari pertamanya di Kementerian Wilayah dan terus menyatakan komitmennya untuk meneliti semula Pelan Pembangunan Kamung Baru sebelum membuat keputusan lanjut.

11 Mac 2020   Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah menghubungi Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan tentang hubungan Malaysia dan UAE, serta kerjasama strategik dalam menghadapi pandemik Covid19.

11 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba mengumumkan larangan kemasukan kepada semua rakyat Itali, Iran, Korea Selatan ke Malaysia berkuatkuasa 13 Mac 2020, setelah mengambil kira status semasa penularan virus Covid. Turut disekat daripada memasuki negara ini adalah warga asing lain yang tiba dari negara-negara berkenaan.

13 Mac 2020   Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan penugasan anggota ATM di dalam dan luar negara berjalan seperti biasa dan langkah pencegahan telah dipertingkat berikutan penularan wabak COVID-19 yang dikategorikan pandemik pada masa tersebut. Turut mewujudkan satu tagline iaitu "Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada" kerana ATM bukanlah eksklusif untuk tentera sahaja, namun tentera juga sebahagian dari masyarakat.

16 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba meluluskan penambahan 830 jururawat di 135 hospital dalam menanggani Covid19. Mereka akan berkhidmat selama dua tahun, terdiri daripada jururawat yang tamat belajar dari kolej kejururawatan KKM

18 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menandatangani Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bagi memerangi Covid19.

18 Mac 2020   Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai jurucakap kerajaan mengenai Covid19 dan akan menyampaikan SOP dan arahan terbaru mengenai Covid19 dalam sidang media setiap hari pada jam 2.00 petang dan telah mengadakan lebih daripada 90 sidang media sepanjang tempoh PKP ini.

18 Mac 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin melakukan lawatan kerja ke Malaysian Genome Institute (MGI), yang sedang menyediakan whole genome sequencing serta analisa bioinformatik bagi mengesan mutasi kepada genom daripada sample Covid19.

19 Mac 2020   Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein telah menguruskan bantuan pertama peralatan perubatan dari negara China yang diuruskan bersama kedutaan China di Malaysia.

19 Mac 2020   Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan pengecualian bayaran untuk Tabika Perpaduan dan Tabika Genius bagi tempoh Mac hingga Jun 2020.

20 Mac 2020   Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia membantu PDRM menguatkuasakan PKP menerusi Ops Penawar.

20 Mac 2020   Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong memastikan agar saringan di pintu masuk negara menggunakan alatan canggih untuk menyukat suhu badan (thermal scanner).

20 Mac 2020   Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican mengumumkan 7 Inisiatif Proaktif KBS bagi golongan belia, atlet dan NGO yang terkesan akibat Covid19. Peruntukan sejumlah RM100,000 kepada Majlis Belia Malaysia. Peruntukan RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia. Pengecualian bayaran di premis milik KBS serta pembayaran elaun kepada 10,000 pelajar di 22 buah Institut Latihan KBS seluruh negara.

21 Mac 2020   Bantuan bekalan makanan kering tambahan daripada Yayasan Food Bank Malaysia dihantar ke 129 IPT. Inisiatif daripada  Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad

23 Mac 2020   Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengesyorkan dalam mesyuarat MKN agar duit import 20% dan cukai jualan 10% untuk pelitup muka dimansuhkan.

25 Mac 2020   Dalam satu catatan di facebooknya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, mengesyorkan kepada kerajaan agar memberi bantuan one-off tunai kepada pemandu e-hailing, teksi dan bas pelancong.

25 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba mencadangkan pembukaan  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang yang menempatkan 600 katil iaitu 400 untuk pesakit lelaki dan 200 wanita.

25 Mac 2020   Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen bagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka bagaimanapun, perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

25 Mac 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengumumkan pembentukan Pasukan Khas Saringan Covid19 bersama antara MOSTI dengan KPT melibatkan 10 buah makmal diagnostik bagi meningkatkan jumlah saringan harian Covid19.

26 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba memperkenalkan PKP Diperketatkan (PKPD) untuk menumpukan dan meningkatkan saringan dan ujian COVID-19 di kalangan semua penduduk kawasan tertentu.

Mempengerusikan mesyuarat PKPD Pertama bagi Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Kampung Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang Johor, berkuatkuasa 27 Mac hingga 9 April. Dato’ Sri Dr Adham turut mempengerusikan semua mesyuarat untuk laksanakan PKPD selepas itu.

26 Mac 2020   Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan menerusi PERKESO telah melaksanakan Program Pengekalan Pekerjaan atau Employment Retention Program (ERP) yang telah diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. ERP dilaksanakan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

27 Mac 2020   Pasukan Khas Saringan Covid19 dibentuk hasil kerjasama Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. 10 makmal diagnostik tambahan antaranya di UIA, UKM, UPM, USM, UiTM dan UNIMAS memiliki keupayaan untuk membantu KKM melaksanakan 42,420 ujian saringan dalam sebulan, atau 1,414 sehari.

27 Mac 2020   Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli mengumumkan diskaun bil elektrik berperingkat antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai April 2020 kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

27 Mac 2020   Menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, bantuan RM200 kepada pelajar IPT. Penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan. Tahniah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad.

28 Mac 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba berkongsi maklumat mengenai situasi wabak COVID-19 dalam Virtual Information Session On Covid-19 By World Health Organization (WHO). Sesi telesidang itu melibatkan Menteri-Menteri Kesihatan seluruh dunia bersama Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

28 Mac 2020   Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mewakili Malaysia menerima sumbangan peralatan perubatan dari China. Sejumlah 100,008 test kits, 100,000 N95 pelitup muka, 500,000 surgical masks, 50,000 PPE dan 200 ventilator untuk diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

28 Mac 2020   Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan mengusahakan program subsidi upah di mana bantuan sejumlah RM600 akan diberi menerusi majikan kepada pekerja-pekerja swasta yang berpendapatan RM4,000 ke bawah mulai 1 April 2020. Memanfaatkan 3.3 juta pekerja seluruh negara.

25 Mac 2020   Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr  Haji Annuar Musa melancarkan Inisiatif Wilayah Cakna yang memanfaatkan lebih 100,000 orang di Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat Covid19.

25 Mac 2020   Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempercepatkan bayaran insentif untuk veteran ATM melibatkan dana kutipan Tabung Pahlawan 2019, Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia, PJM, Skim Bantuan Kebajikan dan Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada veteran ATM yang tidak berpencen.

30 Mac 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menyertai Telesidang Menteri-Menteri Sains UNESCO berkenaan COVID-19 dan Sains Terbuka bersama lebih 120 buah negara peserta yang lain. Menerusi dialog ini, telah berkongsikan perkembangan semasa penularan COVID-19 di Malaysia serta pengalaman dan langkah-langkah yang telah diambil bagi melawan wabak ini.

31 Mac 2020   Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein melancarkan inisiatif Malaysia Diplomatic Equipment Stockpile, MDES. Hasil inisiatif ini, pelbagai peralatan perubatan diagihkan kepada frontliners Wisma Putra tanpa perlu menggunakan pelaratan perubatan milik Kerajaan yang dikhususkan untuk frontliners KKM, ATM, PDRM serta rakyat. Lebih 300,000 peralatan diagihkan menerusi inisiatif ini.

1 April 2020     Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan mengumumkan lebih 30,000 majikan yang mendaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dikecualikan bayaran levi selama 6 bulan bermula April hingga September 2020.

2 April 2020     Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican membuat lawatan kerja ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Dusun Tua untuk melihat penghasilan face shield untuk kegunaan frontliners. Selain itu, ILKBS Jitra pula menghasilkan PPE untuk kegunaan wira-wira barisan hadapan negara.

3 April 2020     Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menanggung perbelanjaan makan dan minum serta penginapan pelajar di luar negara yang tidak dapat pulang ke tanah air berikutan sekatan disebabkan COVID-19. Pembiayaan berkenaan akan dibuat melalui penaja-penaja pelajar terbabit.

3 April 2020     Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah bersama dengan TNB telah menyampaikan sumbangan Covid19 berjumlah RM2 juta kepada Kerajaan Negeri Perak.

3 April 2020     Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong memastikan agar tiada kesesakan berlaku di pelabuhan dengan pelepasan kargo dan meneruskan aktiviti eskport kargo termasuklah pergerakan logistic dan e perdagangan bagi memastikan rantaian bekalan makanan tidak terputus.

4 April 2020     Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad melawat Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) bagi mendapatkan taklimat mengenai operasi di hospital dan penerangan mengenai Isopods yang telah sampai untuk digunakan bagi memindahkan pesakit-pesakit Covid-19.

5 April 2020     Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menguruskan operasi membawa masuk barangan keperluan kesihatan dari negara China seperti pelitup muka, katil ICU, ventilator dan PPE.

6 April 2020     Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican melancarkan Kejohanan E-Sports MyStay@HomeChallenge untuk peminat PUBG dan Mobile Legends. Kejohanan peringkat negeri diadakan pada 9 hingga 10 April 2020 manakal Peringkat Kebangsaan berlangsung pada 12 dan 13 April 2020.

7 April 2020     Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah bersama dengan TNB telah menyampaikan sumbangan Covid19 berjumlah RM1.5 juta kepada Kerajaan Negeri Pahang.

11 April 2020   Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa memberi jaminan berhubung hak 100 penduduk rumah panjang Bukit Kiara untuk mendapatkan rumah ganti seperti yang dijanjikan sejak lapan tahun lalu. Selain memberi jaminan projek Taman Rimba Kiara akan kekal hijau dan tidak ada sebatang pokok yang terusik oleh projek itu.

10 April 2020   Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa melalui Mesyuarat Crisis Management Committee (Covid-19) peringkat Wilayah Persekutuan telah meminta JTKWPKL membantu gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapatkan peluang pekerjaan. Sejumlah 800 gelandangan telah dibantu oleh 19 agensi terlibat. Dana RM1 juta diumum untuk bantu gelandangan.

15 April 2020   Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba meluluskan penyambungan kontrak seramai 1,139 orang Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh enam bulan lagi.

15 April 2020   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad melawat Makmal Covid-19 Pusat Perubatan Pakar UiTM Sg Buloh bagi meninjau perkembangan inisiatif dan peranan UiTM dalam usaha membantu meringankan beban ujian (workload) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menangani wabak Covid19.

19 April 2020   Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa melancarkan talian ‘Pertanyaan dan Pengaduan kepada Menteri Wilayah Persekutuan’ (PERTIWI) sebagai platform warga kota berinteraksi secara terus dengan menteri. Rakyat boleh mengajukan sebarang cadangan, pandangan atau aduan rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerusi saluran WhatsApp iaitu 013-6806 666 dan 013-6887 777.

20 April 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba melancarkan aplikasi MySejahtera bagi membantu dalam pengawasan penularan COVID-19, turut memberi panduan kepada individu sekiranya mereka diklasifikasikan sebagai berisiko dijangkiti wabak tersebut.

22 April 2020   Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyerahkan projek Bakul Makanan kepada ahli pakatan pemandu bas sejumlah 650 unit dan pemandu teksi sejumlah 200 unit.

22 April 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menerusi MOSTI, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan tentang potensi pendekatan 'diplomasi sains' antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin COVID-19.

27 April 2020   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad mengumumkan seramai 790 orang pelajar IPT akan berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

27 April 2020   Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan meninjau penghantaran pulang pelajar IPT di Universiti Malaya. Sejumlah 49,019 pelajar di seluruh negara dihantar pulang ke kediaman mereka sejak penghantaran pertama ini.

27 April 2020   Malaysia menerima bantuan peralatan dari Kerajaan UAE iaitu 20,000 unit RT PCR Test Kits, 37,000 unit, IgC IgM Test Kits, 20,000 unit Viral Transport Medium Swab dan 1 unit Automated Extraction Machine dari Kerajaan UAE untuk diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, hasil inisiatif Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein

28 April 2020   Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad ke UKM untuk melihat sendiri Kumpulan pertama pelajar yang pulang ke utara tanah air yang telah dikenalpasti sebagai zon hijau. Sebanyak 10 bas bergerak dari UKM.

3 Mei 2020      Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa menyatakan sejumlah 1,000 warga tempatan kini boleh bekerja di pasar borong Selayang dengan gaji RM2,000 hingga RM2,400 sebulan. Tiada lagi  'Little Myanmar' atau 'Little Arakan'.

4 Mei 2020      Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican mengadakan perbincangan bersama Persatuan Persatuan Sukan Kebangsaan melalui sidang video di Menara KBS. Perbincangan mengenai perancangan terkini dan program latihan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik.

4 Mei 2020      Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan  'Video conferencing' bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menyembah maklum kepada KDYMM Tuanku mengenai status COVID-19 dan tindakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19.

5 Mei 2020      Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Task Force Operasi Pematuhan SOP terdiri daripada 14 agensi yang diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diketuai oleh PDRM.

6 Mei 2020      Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad meninjau penghantaran pulang pelajar pelajar IPTA di UPM, USIM UPSI, UiTM Shah Alam dan beberapa lagi universiti di KLIA sejak 30 April  2020.

8 Mei 2020   Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menerusi MOSTI dengan kerjasama  Kementerian Kewangan (MOF) berbincang mengenai pakej rangsangan khusus berjumlah RM100 juta kepada syarikat start-up teknologi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang antara lain bagi menampung aliran tunai dan mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan mereka. Pakej ini dikenali sebagai Technology Start-up Funding Relief Facility (TSFRF) akan bermula pada 15 Mei 2020.

10 Mei 2020    Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad menguruskan penghantaran pulang 160 pelajar IPTA/IPTS ke Sarawak dan sejumlah 285 pelajar lagi ke Sabah. Mereka pulang ke pangkuan keluarga setelah kuarantin hamper sebulan lebih akibat Covid19.

10 Mei 2020    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa mengumumkan pembinaan  Quran Village dan sebuah lagi masjid di Putrajaya, menjadikan ianya masjid ketiga bagi orang Islam di Putrajaya.

11 Mei 2020    Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin, PATI melalui Ops Benteng.

12 Mei 2020    Malaysia menerima bantuan 14,000 unit hand sanitizer (lebih kurang 7 tan) untuk kegunaan frontliners daripada kerajaan UAE yang disampaikan oleh Duta UAE ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT), Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith. Ini merupakan hasil usaha yang dimulakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein sejak 11 Mac lepas.

13 Mei 2020    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa menyatakan sejumlah 166 orang gelandangan mendapat manfaat daripada program penempatan pekerjaan selepas lapan syarikat bersetuju untuk memilih mereka. Antara syarikat tersebut adalah Syarikat Top Glove Corporation Bhd.

13 Mei 2020    Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad bersama pegawai tinggi di KPT mengadakan perbincangan secara online dengan Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir. Berkongsi maklumat tentang cara Malaysia menangani penularan pandemik Covid-19 berkaitan pendidikan. Perbincangan juga turut menyentuh kesediaan pihak kementerian dalam menambah baik Malaysia-American Commission on Educational Exchange (MACEE) seperti penawaran biasiswa dan geran program.

13 Mei 2020    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin menerusi MOSTI dengan kerjasama KKM, MITI dan beberapa pemain industri yang lain telah membangunkan kubikel saringan (screening booth) COVID-19 dengan ciri-ciri keselamatan dan kebersihan yang terkini.

14 Mei 2020    Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein menyatakan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan memberikan bantuan sejumlah 7 juta peralatan Covid19 kepada Malaysia yang disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.

14 Mei 2020    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan mempengerusikan mesyuarat secara virtual bersama Labours Ministers di kalangan negara ASEAN berkaitan respon dan impak dalam pasaran kerja dalam berhadapan pandemik Covid19.

14 Mei 2020    Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara melibatkan semua Exco Kerajaan daripada semua negeri di Malaysia.

15 Mei 2020    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa memperkenalkan Program ‘Residensi Prihatin’ kepada golongan belia berusia 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka di sekitar ibu kota. Rumah mampu milik berharga RM200,000 dan ke bawah dengan pembiayaan bulanan di bawah RM1,000 sebulan.

18 Mei 2020    Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba berkongsi pengalaman Malaysia secara maya dengan Majlis Kesihatan Sedunia ke-73, sesi sidang video yang dibuat oleh World Health Organization.

19 Mei 2020    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan bermesyuarat bersama Timbalan Menteri Wilayah, YB Dato Sri Dr.Santhara dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Haji Awang Hashim, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim serta pegawai dari UNHCR berkaitan dengan status pemegang kad UNHCR.

22 Mei 2020    Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad  mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan penggabungan UMT dan UniSZA.

27 Mei 2020    Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican berbincang bersama dengan Menteri Kewangan, YBM Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Inisiatif Pelan Pemulihan Ekonomi (RESTART) melibatkan belia dan sukan.  KBS telah membentangkan Tujuh Strategi Utama untuk membantu golongan belia pasca Covid19.

28 Mei 2020    Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah mengumumkan pembinaan projek Santuari Gajah di kawasan seluas 40 hektar di Sungai Chermin, Batu 11, Jalan Raya Timur Barat, Perak dengan peruntukan kira-kira RM40 juta. Ianya adalah usaha berterusan memulihara gajah dari ancaman-ancaman lain.

1 Jun 2020      Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan menerusi HRDF mengesyorkan program “Place & Train” bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2020 kepada syarikat penyedia latihan pekerjaan agar menyediakan tenaga kerja yang kompetitif selepas pasca Covid19.

1 Jun 2020      Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa mengarahkah semua PBT di Wilayah Perseketuan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak berikutan kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di Malaysia.

3 Jun 2020      Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah melakukan lawatan kerja ke Makmal Kultur Tisu di FRIM. Makmal ini membekalkan perkhidmatan kultur tisu kepada syarikat bionexus. Ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 60 syarikat serta institut atau jabatan lain seperti Felcra, Lembaga Nenas dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dari segi pemindahan teknologi, penjualan bahan, kolaborasi dan perundingan.

3 Jun 2020      Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima sumbangan peralatan dan bantuan perubatan daripada negara China berjumlah RM13.6 juta untuk kegunaan ATM dan seluruh frontliners di Malaysia.

4 Jun 2020      Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa menyampaikan lesen perniagaan kepada Che Nah, peniaga nasi dagang di Bukit Damansara. Selain meminta DBKL agar jangan kejar dan halau penjaja lagi.

4 Jun 2020      Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkerjasama dengan KK Mart menawarkan 1000 peluang kerja kepada warganegara Malaysia.

4 Jun 2020      Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin melancarkan Global COVID-19 Index (GCI) yang pertama seumpamanya di dunia bagi membolehkan data tentang pengurusan kerajaan dan kesihatan tentang Covid19 diproses secara holistik. Inisiatif ini turut mendapat Kerjasama dari MOSTI, PEMANDU Associates, Harvard T.H Chan School of Public Health, Academy of Sciences Malaysia, World Health Organisation (WHO) and Sunway University.

5 Jun 2020      Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin bermesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkaitan pelaksanaan kursus pra-perkahwinan secara atas talian, mewujudkan sistem dataraya (big data) masjid/surau dan database fatwa dan hukum-hakam Islam, memperkukuh industri dan pensijilan halal menerusi teknologi track and trace blockchain, serta pelaksanaan sembelihan menerusi teknologi dan inovasi patuh shariah

6 Jun 2020      Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba berkongsi pengalaman Malaysia dalam menghadapi pandemik Covid19 di bersama-sama wakil dari 6 negara lain iaitu Malta, Argentina, Malaysia, Sri Lanka, Seychelles dan UAE dengan World Health Organization, WHO.

7 Jun 2020      Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong memperkenalkan MY30 iaitu pas perjalanan tanpa had untuk manfaat pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia. Sejumlah 21,403 pas perjalanan MY30 telah terjual pada hari pertama pengenalannya.

8 Jun 2020      Angka kes baharu Covid19 buat pertama kalinya mencatatkan nilai satu digit iaitu 7 kes sahaja. Slogan #KitaMestiMenang yang dimulakan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam memerangi Covid19 ini semakin menjadi realiti buat seluruh rakyat Malaysia.

8 Jun 2020      Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa mencadangkan  pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah demi manfaat ekonomi penduduk di Labuan.

10 Jun 2020    Universiti Penyelidikan (RU) Malaysia iaitu UM, UPM, UKM, USM dan UTM melakar sejarah apabila tersenarai dalam kalangan 200 universiti terbaik dunia dan Top 1% in the world berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021.  3 universiti swasta iaitu Taylor’s University, UCSI dan UTP turut tersenarai dalam kedudukan 550 terbaik dunia. 11 lagi institusi pendidikan tinggi tempatan juga berjaya disenaraikan di dalam top 1000 QS World University Rankings 2021. Tahniah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad.

10 Jun 2020    Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP dilaksanakan di Malaysia. Ini merupakan fasa pemulihan untuk memerangi Covid19. Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menyeru setiap rakyat menjadi frontliners untuk memutuskan rantaian Covid19 ini.

10 Jun 2020    Pembukaan semula Rumah Ibadat Bukan Islam mengikut Prosedur Operasi Standard pembukaan rumah ibadat dalam Zon Hijau yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang diterajui Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

12 Jun 2020    Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique membincangkan cadangan kerjasama antara Kementerian Perpaduan Agama dan JAKIM termasuk penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama.

12 Jun 2020    Statista menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua terbaik di dunia dengan 87 markah dari segi tindakan kerajaan dalam menangani Covid19. Tahniah Kementerian Kesihatan di bawah pimpinan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba

12 Jun 2020    Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique  mengumumkan pembukaan semula 41 buah Taska Genius Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara.

13 Jun 2020    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan Inisiatif Kerajaan Bagi Penempatan Semula Pekerjaaan. Lima inisiatif diumukan, antaranya adalah memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dalam portal JobsMalaysia dan mewajibkan majikan mematuhi elemen Foreign Workers First Out (FWFO).

16 Jun 2020    Malaysia berada di nombor 4 di dunia dari segi rakyat berpuashati terhadap kerajaan dalam menanggani Covid19. Kaji selidik berkenaan dijalankan bersama dengan agensi penyelidikan sosial utama Singapura Blackbox Research dan pakar panel dalam talian antarabangsa Toluna dari 3 hingga 19 April 2020, merangkumi lebih 12,000 responden berumur antara 18 hingga 80 di 23 buah negara. Tahniah Kementerian Kesihatan di bawah pimpinan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba

16 Jun 2020    Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah mempengerusikan mesyuarat dan perbincangan bersama CEO Suruhanjaya Tenaga dan Pengurusan Tertinggi TNB mengenai isu bil elektrik dan mencari penyelesaian terbaik kepada rakyat.

16 Jun 2020    Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan dengan Pak Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia, kemudiannya dengan TYT Md Sahidul Islam, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh dalam usaha merapatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

16 Jun 2020    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan menyampaikan Faedah Pencen Perkeso kepada waris mangsa pesakit Covid19 yang meninggal dunia di Doha, Qatar. Allahyarham sebelum berkhidmat dengan Qatar Airways, telah bertugas di Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) selama 23 tahun.

17 Jun 2020    Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyatakan kementeriannya akan memperkasakan sejumlah 5,302 Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara bagi membantu membendung penularan wabak Covid-19.

17 Jun 2020    Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican mengumumkan Inisiatif Prihatin Sukan 2020 sejumlah RM10 juta untuk Badan Badan Sukan. Satu inisiatif bagi membantu penggiat sukan di Malaysia terutamanya para pemegang taruh dalam kalangan persatuan-persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

17 Jun 2020    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa mengumumkan pembangunan fasiliti sukan dengan anggaran kos lebih RM500 juta di Putrajaya. Soccer City itu akan diabadikan sempena nama kepada ikon kepimpinan sukan negara, Almarhum Sultan Ahmad Shah.

17 Jun 2020    Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan media menyatakan Wisma Putra telah membawa balik 20,220 orang rakyat Malaysia dari 73 negara dalam tempoh 100 hari dan hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, India dan China semakin baik dalam tempoh itu.

17 Jun 2020    10 Politeknik di Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa APACC. Ini membuktikan Politeknik Malaysia mampu berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa dan juga sebagai penanda aras kecemerlangan institusi aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik dari aspek kualiti, kebertanggungjawaban dan kepercayaan awam terhadap Politeknik Malaysia. Tahniah Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad.

18 Jun 2018    Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Dibawah Kementerian Perpaduan Negara

18 Jun 2018    Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa menghadiri program perlepasan gelandangan untuk berkursus ke Kuantan dan Sepang di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

No comments:

Powered by Blogger.