Calon Bebas Bertanding Di PRK Chini - MyRating

Calon Bebas Bertanding Di PRK Chini


Dikhabarkan tadi sejumlah 8 borang telah dijual di PRK Chini. Malah esok sudah ada pengumuman calon dari Calon Bebas dan juga Calon Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional akan diumumkan di Bangunan UMNO Pekan pada petang esok manakala Calon Bebas akan buat pengumuman pada jam 1 petang esok. 



Calon Bebas itu adalah Tengku Dato' Zainul Hisham bin Tengku Husin iaitu Timbalan Ketua PPBM Bahagian Pekan dan sudah menyatakan akan mengunakan logo rumah sebagai simbol untuk bertanding. Calon Bebas akan membuat pengumuman calon di  Balairaya Perumahan Dara, Bandar Dara Chini, Pekan. 

Barisan Nasional sudah banyak berjasa di Pekan membantu rakyat di Chini. Baru-baru ini, Menteri Besar Pahang telah membantu menyelesaikan masalah air, geran tanah dan rumah generasi Felda di Chini. 

Kemasukan calon Bebas adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan sudah tentu pengundi di Chini lebih memahami siapa yang mereka patut pilih sebagai wakil rakyat mereka. 

No comments:

Powered by Blogger.