Sejauh Mana Kebenaran Virus G4, Flu Babi Boleh Menjangkiti Manusia? - MyRating

Sejauh Mana Kebenaran Virus G4, Flu Babi Boleh Menjangkiti Manusia?



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kenyataan yang dibuat selepas kajian diterbitkan jurnal sains Amerika Syarikat, PNAS yang mendakwa virus baharu digelar G4 tersebut mempunyai ciri penting untuk menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan satu lagi pandemik selepas koronavirus (Covid-19) menjangkiti lebih 10 juta individu di seluruh dunia.

Sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut? Baca laporan ini

Kenyataan ini lantas disangkal oleh Kerajaan Negara China yang menyatakan kajian ke atas khinzir itu dilakukan 'secara rawak' sahaja. 

"Virus G4 yang disebut dalam laporan itu adalah jenis virus H1N1. Pakar telah menyimpulkan ukuran sampel laporan itu adalah kecil dan secara rawak," kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian.

Sementara itu, di Malaysia dalam satu kenyataan di Berita Harian pada 2 Julai 2020, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyatakan mereka telah mengesan sampel yang sero (jelas dan nyata) positif selesema babi (Swine Influenza) virus H1N1 (SIV H1N1) dan H1N1pdm09 pada babi komersil dan babi hutan menerusi program pemantauan kebangsaan.


Dalam satu kenyataan, jabatan itu menyatakan penemuan survelan mendapati terdapat sampel yang sero positif kepada SIV H1N1, namun ternakan babi yang sero positif tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit dan tidak berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada manusia.
Katanya, keputusan ujian H1N1pdm09 pula adalah negatif ke atas semua sampel.
"Pada masa ini, industri babi di Malaysia mempunyai populasi sebanyak 1.74 ekor bernilai RM5 bilion yang diternak di 614 ladang komersil. Pada masa yang sama, terdapat lebih kurang 5,000 pekerja terbabit secara langsung di dalam industri ternakan babi," kata kenyataan itu.
SIV H1N1 adalah virus influenza yang biasa dijumpai dalam babi dan sangat endemik dalam kalangan negara pengeluar babi di dunia seperti Amerika, Mexico, dan China.
Virus ini menyebabkan jangkitan pada babi dengan kadar morbiditi yang tinggi tetapi kematian yang rendah.
Virus ini juga sangat hos spesifik dan jarang menyebabkan jangkitan pada manusia.

No comments:

Powered by Blogger.