Kesian Orang Asli Ini, Lari Ke Hutan Setelah Dengar Khabar Angin - MyRating

Kesian Orang Asli Ini, Lari Ke Hutan Setelah Dengar Khabar Angin

 

Sebab itulah kita jangan mudah terpedaya dengan khabar angin. Benda belum tentu betul jangan percaya. Benda belum tentu betul jangan disebar dalam Whatsapp dan Telegram. Padahnya bila jadi begini.

Sekumpulan 40 penduduk Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah di sini, yang lari ke dalam hutan sejak empat hari lalu sebenarnya tidak mendapat maklumat tepat berhubung penularan wabak Covid-19.


Mereka daripada 15 keluarga yang ada membawa bersama bayi itu, bimbang dijangkiti wabak COVID-19.


Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang, Noore Kasi, berkata khabar angin itu menyebabkan mereka ketakutan dan tiba-tiba menghilangkan diri.


"Saya mendapat maklumat mereka lari bersembunyi di kawasan hutan kira-kira lapan kilometer dari Kampung Simpang Arang di kawasan muara sungai. "Saya ada memujuk mereka pulang semula ke kampung kerana ujian saringan guru agama disahkan negatif, tetapi mereka tetap tidak mahu pulang.


"Saya memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar, Pandak Ahmad bagi memohon bantuan kerana risau keselamatan mereka termasuk daripada haiwan buas kerana hanya tinggal di bawah khemah sahaja," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.