Twitter Kementerian Kesihatan Kalahkan Neelofa - MyRating

Twitter Kementerian Kesihatan Kalahkan Neelofa

 

Tahniah kepada tweethandle KKMalaysia, twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menambah followers dengan begitu banyak sekali di Malaysia pada sepanjang sebulan lepas. SocialBakers menyenaraikan akaun twitter KKMalaysia sebagai "The Fastest-Growing Profiles in Malaysia".

Akaun twitter Kementerian Kesihatan menerima 62,319 followers berbanding Azfarheri, 53,943 followers, Astro 48,026 followers, Neelofa 40,486 followers dan akaun twitter YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menambah 24,082 followers bulan lepas. 

Netizen turut mengucapkan tahniah kepada KKM, selain mention Azfarheri dalam komen mereka dalam posting KKM mengenai SocialBakers yang menyenaraikan KKMMalaysia sebagai akaun twitter yang paling pantas bertambah followers sejak sebulan lepas. 


Twitter akaun KKMalaysia menceritakan tentang status harian Covid-19 dalam bentuk tulisan, grafik dan video. Setiap hari akaun twitter KKM menerima ribuan retweet dan like daripada rakyat Malaysia. Hashtag yang digunakan adalah seperti #KitaMestiMenang menjadi tarikan rakyat Malaysia di twitter. 


Twitter KKM sehingga kini sudah mencecah 1 juta followers sejak Mac 2012 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada tweethandle KKMalaysia. 

Teruskan bekerja semua rakyat Malaysia, ini satu penghargaan dari rakyat Malaysia buat KKM. Tahniah diucapkan kepada YB Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Adham Baba yang memimpin Kementerian Kesihatan dengan baik sepanjang Malaysia berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Insyallah Malaysia boleh menang menentang virus yang tidak nampak ini. 


No comments:

Powered by Blogger.