IMF Unjur Ekonomi Malaysia Pulih Pada Tahun 2021 Dengan Indeks 101.3
Satu laporan oleh Nikkei Asia pada 29 Disember 2020 melaporkan IMF telah mengunjurkan ekonomi di beberapa negara ASEAN untuk tahun 2021. Daripada enam ekonomi teratas di ASEAN yang dikaji oleh IMF, Vietnam, Indonesia dan Malaysia dijangka akan mengalami ekonomi pemulihan pada tahun 2021. Manakala Singapura, Filipina dan Thailand belum mengalami proses tersebut.
Nikkei Asia merumuskan laporan International Monetary Fund untuk kadar pengeluaran negara kasar produk di setiap negara dengan menjadikan angka pada tahun 2019 sebagai asas perkiraan kepada 100 mata indeks. Vietnam, Indonesia dan Malaysia semuanya mencatatkan indeks mata lebih daripada 100.
Vietnam mendahului dengan 108.4 mata indeks, Indonesia dengan 104.5 mata dan Malaysia di tempat ketiga dalam kajian tersebut dengan 101.3 mata. Kajian tersebut menyatakan ekonomi Malaysia akan berkembang semula dengan produk elektronik akan mendapat permintaan global semula pasca pandemik COVID-19.
Laporan ini mengesahkan bahawa apa telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia semasa pandemik COVID19 ini berada di landasan yang betul dan tepat. Semalam, YB Menteri Kesihatan menyatakan YAB Perdana Menteri telah berjaya mengendalikan negara ini dengan baik ketika pandemik COVID-19.
"Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak COVID-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf" ujar Dato' Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.
Biarpun sekarang ini dalam tempoh PKPP sehingga 31 Mac 2020 dan vaksin dijangka sampai pada awal Februari untuk rakyat Malaysia, ekonomi Malaysia tidak seperti negara-negara lain, malah dijangka lebih baik berbanding Singapura oleh IMF. Ini membuktikan polisi dan strategi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia semasa berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini adalah di landasan yang betul.
Menurut YB Dr Adham, "Kali ini akan mengambil masa agak lama sebelum Malaysia berjaya melandaikan semula lengkuk jangkitan wabak Covid-19 berikutan kita mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Kita guna PKPP sebagai kaedah imbangan ekonomi dan kesihatan bagi memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat namun ia akan ambil masa lebih lama tetapi berkesan untuk memutuskan rantaian Covid-19," katanya.
Di tahun baharu ini, kes sembuh COVID-19 di Malaysia adalah yang tertinggi sekali semalam dengan 3,321 kes. Dua hari berturut-turut kes sembuh melebih kes harian biasa di tahun 2021. Kes baharu semalam adalah 2,295 tetapi kes sembuh lebih banyak iaitu 3,321 kes. Begitu juga pada hari pertama di tahun 2021, kes baharu 2,068 berbanding kes sembuh 2,230 kes.
Insyallah ekonomi Malaysia akan kembali pulih pada tahun 2021. Rakyat Malaysia boleh kembali hidup seperti biasa. Hari ini pun, rakyat Malaysia boleh ke sana ke sini tetapi mereka patuh pada SOP, amalkan 3W dan elakkan 3S. Kemampuan ekonomi Malaysia bergantung kepada kemahuan rakyat untuk melaksana dan mengikut polisi yang sudah digariskan.
No comments: