20 Tahun Sebagai Guru Di Sekolah Kemudian Jadi Ketua Pengarah
Ya,
memang itulah lumrah dalam perkhidmatan awam. Berkhidmat lama di bawah jarang
orang nampak. Apa yang mereka nampak bila sudah ada jawatan di atas-atas.
Tidak
adil untuk menafikan pengalaman, kebolehan dan keupayaan seseorang yang telah
lama berkhidmat lebih 20 tahun untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah.
Tidak adil juga hendak mengaitkannya dengan jawatan suaminya. Ini kerana sebelum ini pun suaminya hanyalah ADUN dan Ahli Parlimen biasa sahaja sebelum ditakdirkan rezekinya dilantik ke jawatan yang lebih tinggi pada ketika ini.
Ianya tiada kaitan dengan kabel, jawatan menteri dan tuduhan lain sebagai mana yang dituduh. Ianya berdasarkan merit dan pengalamannya selama ini sebagai seorang penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut
adalah teks yang diterima oleh daripada seorang pegawai dari Kementerian
Pendidikan Malaysia ;
“Tidak
tepat bro, dia mengajar lebih 20 tahun di sekolah2. Kemudian dia naik satu demi
satu. Pernah jadi pegawai biasa, kemudian Pengarah Bahagian Swasta Gred54,
kemudian naik JusaC kerana dia antara paling senior di kalangan Pengarah2
bahagian di KPM, bila KPPM lama bermula Dr Amin Senin Sabahan pencen,
penggantinya setahun saja lebih pencen juga, so mengisi jawatan2 utama spt
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dia diberi tgjwb oleh pihak atasan, dari
Jusa C ke Jusa B juga naik kerana mengisi kekosongan supaya org2 bawah bolehlah
naik juga.. dia pun dah 58 or 59 tak silap,... jadi dekat2 60tahun ne dia naik
Jusa A bukan 1 perkara pelik dlm pentadbiran..”
“Dia
naik berdasar merit, bukan sebab isteri Menteri. Dlm JPA ne, jika sudah Jusa C
nak naik ke B dan A itu terpulang kpd pengurusan tertinggi sesuatu jabatan, ini
berlaku juga kpd KP MKN, setahun lebih saja 54,kemudian naik ke C pun setahun
lebih saja, kini naik ke B pun setahun, sebab mengisi kekosongan dan
promotion.. Tidak pelik, spt sy ckp 3 hari lepas guru2 saja melambak di gred
54.. tengok saja Hj Arbin baru 50 tahun sudag Gred 54, sy tak hairan kalau dia
dapat Jusa C dan Jusa B inshaallah dlm 10 tahun ne dgn syarat pindah ke Jabatan
lah’
Ya,
jika dibaca daripada teks di atas memang tidak adillah kita menilai hanya berdasarkan
jawatannya ketika berada di atas sahaja. Ramai lagi yang naik berdasarkan merit
dan pengalaman mereka.
Maka
elakkanlah membuat tuduhan dan persepsi tidak baik. Rezeki setiap orang sudah
Allah SWT takdirkan. Setiap daripada kita ada rezekinya, insyallah sampai masa
rezeki kita juga akan sampai bila tiba saat dan waktunya.
No comments: