𝗡𝗲𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗕𝗮𝗶𝗸 𝗚𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗳𝗼 𝗚𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 - MyRating

𝗡𝗲𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗕𝗮𝗶𝗸 𝗚𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗳𝗼 𝗚𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵

 


Perubahan corak data statistik harian jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan bilangan kes mengikut tahap jangkitan diterima baik oleh netizen berbanding sebelum ini yang hanya menunjukkan jumlah kes baharu setiap hari sahaja.

Corak info grafik data sejak beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan dengan jelas kepada orang ramai keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerana bilangan kes jangkitan kategori 4 dan 5 semakin menurun.



Kebanyakan kes jangkitan hanya pada kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan. Hari ini, kes jangkitan COVID-19 baharu ialah 12,528 kes dan 6,840 kes dari jumlah itu ialah kategori 1 manakala 5,468 kes ialah di kategori 2.

Kategori 3 hanya menunjukkan jangkitan baharu sebanyak 112 kes manakala kategori 4 dan 5 masing-masing mencatatkan 44 kes dan 64 kes.


Rata-rata netizen menyifatkan paparan data yang lebih spesifik merujuk kepada kategori dapat memberi penjelasan kepada orang ramai tentang langkah vaksinasi yang sedang dijalankan sekarang menunjukkan kesan yang positif.

Penggun Twitter @21AnisHafizah menyatakan beliau lebih suka dengan kemaskini terbaharu KKM yang menunjukkan bilangan jangkitan mengikut kategori selain hanya menunjukkan jumlah jangkitan.


"Saya suka gaya baharu KKM memberikan jumlah jangkitan terkini kes COVID-19 sekarang berbanding hanya menunjukkan jumlah jangkitan mengikut negeri.

"Mereka (KKM) menunjukkan bilangan kes mengikut kategori. Kita berharap dengan lebih ramai orang divaksinasi, kita akan melihat pengurangan di kategori 4 dan 5," katanya.

Pengguna Twitter @miraesyemmmmm pula menyatakan grafik terbaharu membolehkan orang ramai melihat tren penurunan kes tahap 4 dan 5 dengan jelas  selaras dengan perkembangan proses vaksinasi.

"Vaksinasi mula menunjukkan kesan dengan kes di kategori 4 dan 5 menurun sejak kebelakangan ini," katanya.




No comments:

Powered by Blogger.