Tahukah Anda, Pos Malaysia Kendalikan Lebih Sejuta Barangan Sehari - MyRating

Tahukah Anda, Pos Malaysia Kendalikan Lebih Sejuta Barangan Sehari


Sebelum ini Friends of Posmen banyak ceritakan kisah abang abang posmen yang berada di front liner, namun sebelum surat itu dihantar ada abam abam Posmen yang menjadi wira di belakang tabir. Wira dalam menyusun dan mengatur surat surat ni mengikut alamat yang betul.

Banyak mana item yang mereka kena uruskan tu? Sejuta? Biar betul? Ya memang betul. Kalau didarabkan dengan 30 hari dah jadi 30 juta, sama jumlahnya dengan jumlah rakyat Malaysia.

Bukan masa hari raya sahaja, setiap hari Pos Malaysia memang sibuk. Surat, kad, bungkusan, kiriman Pos Laju dan macam macam lagi. Semuanya perlu diuruskan ke alamat yang betul dan tiba tepat pada waktunya.

Ramai tidak mengetahui bahawa sejak 7 tahun yang lepas, terdapat peningkatan yang besar dalam mengoperasikan bungkusan di Pos Malaysia. Pada tahun 2013, sejumlah 65,000 parcel diuruskan setiap hari di Pos Malaysia.

Hanya dua tahun selepas itu, pada tahun 2015, berlaku peningkatan hampir 
sekali ganda bila sejumlah 112,000 parcel diuruskan dalam masa sehari. Peningkatan ini dipercayai berlaku kena perniagaan online dan ledakan trend pembelian di internet di Malaysia.

Tiga tahun selepas itu, berlaku lagi peningkatan sekali ganda jumlah parcel yang diuruskan oleh Pos Malaysia, daripada 112,000 parcel meningkat kepada 300,000 parcel sehari pada tahun 2018.

Hanya setahun sahaja, iaitu pada tahun 2019, peningkatan ini terus berlaku dan berlaku. Daripada 300,000 parcel, kini dalam masa hanya setahun hampir setengah juta (500,000) parcel diuruskan setiap hari oleh Pos Malaysia.

Peningkatan ini tidak boleh dihalang dan dijangkakan pada tahun ini (tahun 2020), Pos Malaysia akan mengendalikan satu juta parcel sehari. Inilah peningkatan pengendalian parcel yang berlaku di Pos Malaysia.

Pos Malaysia memiliki dua tempat pemprosesan parcel, satu di Shah Alam 
dengan jumlah 300,000 item sehari dan di KLIA2 dengan sejumlah 200,000 item sehari. Dalam perancangan Pos Malaysia merancang beberapa lagi pusat pemprosesan parcel di kawasan utara dan selatan tanahair.

Selain daripada itu, Pos Malaysia juga memiliki lebih 78 parcel sorting centre di seluruh Malaysia. Bayangkan betapa peningnya dan sukarnya staff staff Pos Malaysia di pusat pengurusan parcel ini bekerja.

Dengan 23,000 staff di seluruh 679 pejabat pos dan tempat pengurusan parcel di seluruh negara, Pos Malaysia masih bertahan sampai kini dengan hanya mengenakan caj setem 60 sen sahaja kepada pelanggan. Murah kan?


Satu hari mengendalikan 1,000,000 bungkusan kepada seluruh rakyat Malaysia dan ke seluruh dunia, ini bukanlah satu tugas yang mudah buat semua 7,000 orang posmen dan lebih 3,000 van penghantar bungkusan Pos Malaysia.

Rakyat perlu memahami tugas mengendalikan semua bungkusan ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Rakyat di sana hanya tahu Pos Malaysia hanya sibuk dahulu pada musim perayaan sahaja kerana menguruskan kad kad ucapan Hari Raya, namun sekarang persepsi itu tidak betul lagi.

Pos Malaysia sibuk setiap hari mengendalikan hampir 1,000,000 bungkusan dan item setiap hari. Baru baru ini ketika kempen 11.11.19, Pos Malaysia mengendalikan lebih sejuta barangan untuk dihantar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sejak dari dahulu lagi Pos Malaysia melaksanakan tanggungjawab ini kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, rakyat perlu bersama sama bantu Pos Malaysia. Gunakanlah Pos Malaysia untuk pos surat atau pun bungkusan ke mana mana sahaja. 

No comments:

Powered by Blogger.