Siapa Pun Jadi Presiden Mereka Akan Serang - MyRating

Siapa Pun Jadi Presiden Mereka Akan Serang


Ini gambar Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMMNO) menolak kerusi roda Tun Hamid (bekas Ketua Hakim Negara)  ketika program Himpunan Muafakat Nasional pada 14 September 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC. 

Tun Hamid menyatakan program Muafakat Nasional ini adalah satu program yang bagus untuk penyatuan orang Melayu. Malah dalam satu tulisan dua hari selepas program itu, Tun Hamid turut menyatakan bahawa rakyat terpedaya dengan tuduhan-tuduhan persepsi yang dibuat terhadap pemimpin UMNO di mahkamah. 

"Saya menggunakan perkataan “persepsi” sebab mahkamah belum mensabitkan pertuduhan terhadap mereka" kata Tun Hamid. Tiba-tiba dua hari lepas Tun Hamid menulis sisi lain pula dengan menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) akan kalah undi tidak percaya di Dewan Rakyat jika melantik Dato Seri Dr Ahmad Zahid dalam kabinet. 

Perlantikan Zahid menurut Tun Hamid akan menjadi modal Pakatan Harapan (PH) menyerang Perikatan Nasional dengan mendakwa kerajaan baru sebagai korup. 

Tun Hamid perlu memahami bahawa semua pertuduhan yang dibuat terhadap Zahid sebagai Presiden UMNO sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah. 

Saksi yang hadir sudah beberapa kali memberi keterangan yang memihak kepada Zahid. Baca pautan ini di page Facebook Sahabat Ahmad Zahid Hamidi;



1) Saksi ke-38 setuju sumbangan kepada Ahmad Zahid bukan rasuah


    

2) Keterangan Dua Saksi Pada Hari Ini Menyebelahi Pihak Pembelaan






3) Dato Seri Dr Ahmad Zahid Tidak Pernah Minta Apa-Apa Sumbangan





4) Saksi Akui Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Tidak Pernah Tawarkan Projek MyEG, Berasa Tertekan Ketika Disiasat SPRM. 





5) Rangkuman kes perbicaraan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sehingga 15 Disember 2019



Oleh itu, pandangan Tun Hamid kononnya kerajaan Perikatan Nasional akan ditolak kerana kes-kes mahkamah ini adalah tidak tepat sama sekali. Jika dibaca dan dianalisa satu persatu kes ini, maka pembaca akan tahu apa yang berlaku barangkali adalah lebih bersifat pendakwaan politik semata-mata. 


Ini kerana setiap Presiden UMNO pasti akan menjadi tumpuan serangan pihak lawan. Sesiapa pun, masa Pak Lah, masa Dato Seri Najib dan masa Dato Seri Dr Zahid jadi Presiden UMNO semuanya kerana serang oleh pihak lawan kerana mereka adalah "Center of Gravity" untuk menumbangkan UMNO. 

Ingat lagi tidak Rafizi pernah sebut apa dalam Youtube, siapa sasaran Rafizi? Semua masih ingat lagi kan.

Jadi jika dibaca dengan teliti kes-kes ini di page Facebook Sahabat Ahmad Zahid itu pembaca akan dapat menilai bahawa kes sebenarnya sudah berpihak kepada siapa. Jadi Tun Hamid perlu kekal dengan pandangannya pada 16 September 2019 lalu bahawa semua pertuduhan ini adalah persepsi sahaja. 



No comments:

Powered by Blogger.