Empat Pemain Juventus Positif Coronavirus - MyRating

Empat Pemain Juventus Positif Coronavirus



Angka kematian dan jumlah pesakit positif akibat wabak Covid19 di Itali meningkat. Itali merupakan negara Eropah yang terjejas teruk sekali. Setakat ini, sudah 1,148 orang dijangkiti Covid19 di Itali.

Ini termasuklah empat orang pemain daripada pasukan bolasepak terkemuka Itali iaitu Juventus, pasukan yang diwakili oleh bintang popular Christiano Ronaldo.
Empat pemain bawah 23 tahun Juventus disyaki positif wabak Covid19. 

Oleh itu, kesemua pemain bawah 23 tahun Juventus telah diletakkan di bawah pusat kuarantin selepas pemain-pemain mereka menunjukkan tanda-tanda positif simptom penyakit itu.



Juventus memberi kenyataan mengenai situasi Covid19 yang menjangkiti pemain mereka selepas kunjungan ke Pianese dalam aksi Serie C yang berkesudahan Juventus menang 1-0.

Kini banyak kawasan di Itali telah terjejas termasuklah kawasan Lombardy, Veneto, Emilia-Romagno, Bergamo dan Milan. Oleh kerana itulah, perlawanan antara Juventus dan Inter Milan pada hari Sabtu ini terpaksa ditunda hingga Mei nanti.

Sumber : SportFEAT.

No comments:

Powered by Blogger.