Gandingan Dua Presiden Parti Perlu Untuk Bina Semula Malaysia - MyRating

Gandingan Dua Presiden Parti Perlu Untuk Bina Semula Malaysia


Dua pemimpin ini yang bersama-sama menjadikan Perikatan Nasional sebagai satu realiti pada pagi Sabtu 29 Februari 2020 bila mereka berdua bergerak bersama-sama membawa sokongan seramai 118 orang ahli parlimen ke Istana Negara. Jumlah itu lebih daripada "simple majority" untuk membentuk kerajaan baru untuk Malaysia dan Perdana Menteri yang disokong oleh kesemua 118 ahli parlimen itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Maka, sekitar jam 5 petang hari yang Yang Dipertuan Agong telah mengeluarkan satu titah dari Istana bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah orang yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Menyelesaikan terus polemik politik selama 6 hari di Malaysia. 



Ketika jumlah 118 orang itu diperolehi, Tan Sri Muhyiddin bergerak sebagai Presiden parti Bersatu dengan bilangan 30 orang ahli parlimen dan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional membawa seramai 42 orang ahli parlimen. Ini parti terbesar yang membentuk Perikatan Nasional yang telah menumbangkan terus Pakatan Harapan yang sempat berkuasa hanya 21 bulan atau 656 hari sahaja. 



Tan Sri Muhyiddin sudah angkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 April, Ahad lepas. Kini sudah 5 hari berlalu, ramai ternanti-nanti siapakah bakal TPM dan barisan kabinet baru Perikatan Nasional. 

Banyak nama disebut layak ke posisi TPM dan Menteri Menteri Kabinet. Namun jika dikira dari segi hirarki parti, selaku Presiden parti, Dato Seri Dr Ahmad Zahid sememangnya layak ditempatkan di kerusi Timbalan Perdana Menteri. 

Ini kerana Dato Seri Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Lagipun ketika sokongan ahli-ahli parlimen ini diperolehi, yang terbesar sokongannya adalah daripada Barisan Nasional iaitu sejumlah 42 orang. 

Jika kerusi TPM diberikan kepada orang lain, maka akan berlaku ketidakseimbangan dalam parti dan organisasi. Agak janggal kalau TPM yang mengisi posisi itu adalah bukan Presiden parti. 

Ini kerana banyak dasar, halatuju dan perancangan bersama boleh dibincangkan secara lebih selari jika PM yang kini merupakan Presiden parti Bersatu bersama-sama TPM yang juga Presiden UMNO. 


Dalam keadaan politik tidak menentu selama 6 hari, tiga orang Presiden Parti ini yang kekal istiqomah tidak mahu berpakat dengan parti DAP. Mereka menolak kerjasama itu kerana DAP sudah banyak membuat perkara yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. 

Jadi untuk membina semula negara ini, eloklah kiranya gandingan dua Presiden Parti Bersatu dengan UMNO serta dibantu oleh PAS membangunkan semula negara ini. Membina semula negara ini untuk rakyat Malaysia. 

Dato Seri Dr Ahmad Zahid perlu digandingkan bersama dengan Tan Sri Muhyiddin sebagai TPM di Putrajaya untuk memulihkan semula negara kita. Moga Allah SWT perkenankan doa ketiga-tiga Presiden ini, amin,

No comments:

Powered by Blogger.