Faktor Antara Kenapa Jepun Tewas Dalam Perang Dunia Ke-2 - MyRating

Faktor Antara Kenapa Jepun Tewas Dalam Perang Dunia Ke-2


Umum sudah mengetahui bahawa serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang menjadi faktor utama kenapa Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua, namun tidak ramai mengetahui faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun. 


Memang benarlah, dalam apa pun strategi untuk menang (winning strategy), keperluan logistik, makanan dan ubat-ubatan adalah antara perkara yang mustahak bagi sesuatu pasukan. Jika logistik dan keperluan untuk "maintenance" maka sesuatu perkara itu tidak akan berada pada tahap yang terbaik. Baik kereta, manusia ataupun satu pasukan yang besar seperti mana Jepun pada ketika itu yang sudah punyai 6 juta anggota tentera.  


Pada 1941, angkatan darat Imperial Jepun berkekuatan 51 Divisyen, dengan pelbagai unit artileri, kavalri, meriam anti pesawat dan juga pasukan armor, dengan jumlah keseluruhan anggota adalah kira-kira 1,700,000 anggota.


Di awal Perang Dunia Kedua, sebahagian besar tentera darat Jepun dengan kekuatan kira-kira 27 Divisyen, berada di China, 13 Divisyen lagi bagi mempertahankan sempadan Mongolia, daripada ancaman serangan tentera Soviet.

Pada 1942, Jepun telah menghantar tenteranya menakluki Hong Kong (23rd Army), Filipina (14th Army), Thailand dan Burma (15th Army), Hindia Timur Belanda (16th Army), dan Malaya (25th Army). Menjelang 1945, terdapat kira-kira 6 juta anggota tentera Imperial Jepun.




Menjelang tahun 1943, angkatan tentera Jepun mula mengalami masalah kekurangan bekalan lojistik, terutamanya makanan, ubat-ubatan, peluru dan juga persenjataan, akibat serangan udara dan juga serangan kapal selam pihak berikat ke atas laluan bekalan dan perkapalan Jepun, di Asia Tenggara dan Pasifik.

Kekurangan bekalan lojistik, telah menyebabkan pesawat-pesawat tempur Jepun, tidak dapat diselenggarakan atau pun dibaikpulih, di sebabkan ketiadaan alat ganti, manakala 2/3 daripada keseluruhan kematian tentera Jepun, adalah disebabkan penyakit dan kebuluran, akibat kekurangan bekalan perubatan dan makanan.


No comments:

Powered by Blogger.