Dunia Menerima YB KJ, Rugilah Jika Ada Yang Menolak - MyRating

Dunia Menerima YB KJ, Rugilah Jika Ada Yang Menolak

 


Pada 30 Mac 2022, YB Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai Naib Presiden Pertama dalam Lembaga Eksekutif World Health Organization (WHO) bagi mewakili Rantau Pasifik Barat. Ini satu penghargaan yang tinggi buat Malaysia. 


WHO menilai dan menghargai cara YB KJ dan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menangani pandemik COVID-19. YB KJ berjaya memimpin program CITF yang ditubuhkan khusus untuk program vaksinasi di Malaysia dengan baik sekali. 


Ketika program CITF ini, sejumlah 19,000 sukarelawan menerima bayaran antara RM50 hingga RM100 sehari untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksian (PPV) di seluruh negara. Peluang yang baik ketika semua rakyat Malaysia terdesak mendapatkan peluang kerja ketika negara dilanda pandemik. Majoritinya adalah anak-anak muda. 


Malah setahun lepas, pada Ogos 2021, Malaysia mengatasi beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Singapura, Jepun, Korea Utara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dari segi kepantasan pemberian vaksin COVID-19 bagi setiap 100 orang penduduk. Pencapaian itu berdasarkan perangkaan diterbitkan "Our World in Data". Purata vaksinasi bagi setiap 100 individu di Malaysia adalah 1.65 pada ketika itu. 


Lima daripada 33 KPI yang ditetapkan oleh YB KJ telah beliau capai dalam masa 100 hari pertama memimpin Kementerian Kesihatan Malaysia. Kelima-lima KPI itu adalah 90 peratus golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos, Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia diberikan kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia dari kalangan B40, pengurangan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU), menurunkan kes kematian di luar hospital (BID) dan menyelesaikan kes pembedahan elektif tertangguh (backlog). 


Malah bukan setakat itu sahaja, kini rakyat Malaysia sudah tidak lagi fobia dan trauma melihat dan mendengar angka-angka kes harian COVID-19. Tidak lagi perlu kuarantin sampai dua minggu di rumah, dipermudahkan urusan ke luar negara, tidak lagi perlu memakai face mask di tempat umum dan tidak perlu lagi check in MySejahtera seperti ketika zaman pandemik. 

Semua perubahan ini dijayakan dengan baik ketika YB KJ memimpin KKM. Bukan setakat itu sahaja, SOP untuk rakyat Malaysia pun tidak lagi banyak seperti zaman pandemik. Semua urusan harian rakyat Malaysia dipermudahkan dan pandemik COVID-19 berjaya dikawal dengan baik di Malaysia. 


Dunia menerima dan mengiktiraf YB KJ, amatlah rugi jika ada orang menolak dan tidak mencalon YB KJ untuk menjadi ahli parlimen sekali lagi. Malah Dekan dan Ketua Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial dan Profesor Hubungan Antarabangsa di La Trobe University, Melbourne Australia, Nick Bisley berpendapat kerajaan Australia boleh mencontohi Malaysia dalam usaha vaksinasi kebangsaan.


No comments:

Powered by Blogger.