Pos Malaysia Syarikat Paling Lama Di ASEAN - MyRating

Pos Malaysia Syarikat Paling Lama Di ASEAN

 

Dalam satu kajian oleh portal Bussiness Financing UK, Pos Malaysia disenaraikan sebagai antara syarikat yang paling lama sekali dan masih lagi beroperasi di ASEAN. Pos Malaysia jika menurut kajian tersebut diasaskan pada 1800, iaitu 223 tahun yang lalu. 


Syarikat yang kedua terlama di ASEAN adalah PINDAD dari Indonesia yang diasaskan pada tahun 1808, 8 tahun selepas Pos Malaysia. Syarikat yang ketiga adalah Singapore Post yang diasaskan pada tahun 1819, 19 tahun selepas Pos Malaysia. 



Di kalangan negara Asia, kedudukan yang pertama adalah syarikat daripada negara Jepun iaitu Kongo Gumi yang diasaskan pada tahun 578, di tempat kedua adalah syarikat Ma Yu Ching's Chicken House dari China yang diasas pada tahun 1153, di tempat ketiga adalah syarikat dari India iaitu Wadia Group pada tahun 1736.


Di Asia, Pos Malaysia berada pada kedudukan keempat syarikat paling lama. Ini sesuatu yang patut menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia. Sewajarnya, sebagai sebuah syarikat yang sudah bertapak lebih daripada 200 tahun dalam industri, Pos Malaysia perlu terus berada selari dengan tuntutan zaman dan teknologi supaya syarikat kekal relevan untuk beratus tahun yang akan datang. 


Soal-soal kecil seperti kebajikan pekerja, gaji dan lain-lain tidak patut lagi berlaku pada syarikat yang sudah bertapak lebih 200 tahun. Sebagai syarikat paling lama di ASEAN dan no.4 paling lama di Asia, Pos Malaysia sepatutnya lebih berdaya saing daripada kedudukannya pada hari ini. 



No comments:

Powered by Blogger.