Dinosaur, Hormatilah Gunung Jerai - MyRating

Dinosaur, Hormatilah Gunung Jerai

 


Gunung Jerai menyimpan banyak sejarah bangsa dan agama. Umum mengetahui bahawa di sinilah terbina Masjid yang pertama di Kedah  iaitu Masjid Padang Tok Sheikh di Gunung Jerai pada tahun 1136. Sejarah Kedah juga bermula di sini.

Sewajarnya jika hendak mempopularkan Gunung Jerai, banyak lagi cara lain boleh dilakukan untuk menarik pelancong. Pelancongan secara Islam dan mengambil kira sensitiviti alam. Banyak lagi tanah lapang di Kedah boleh diguna untuk patung dinosaur ini, kenapa perlu hendak dibawa sampai ke atas gunung?. 

Jerai Hills, tidak sewajarnya membawa masuk "benda" yang jelas berlawanan dengan adat, ajaran dan budaya orang Islam. Membawa patung besar dinosaur ke atas puncak Gunung Jerai seolah-olah mencemar kesucian dan mencabar gunung itu sendiri. 



Rakyat Kedah kena bermuhasabah banyak-banyak bila berlakunya bencana alam baru-baru ini. Sungai Muda tiba-tiba kering. Asbabnya kerana pintu air terbuka sendiri katanya akibat sensor yang rosak. Atau mungkin ada sebab lain?

Ogos tahun 2021 sudah berlaku kepala air besar di Gunung Jerai. Mereka yang pernah dan berada di Gunung Jerai sebelum itu tentunya tahu apa yang mereka telah lakukan. Bermuhasabahlah. Allah SWT tidak akan jadikan sesuatu itu tanpa sebab. 

Bila kita berada di rumah orang, hormatlah. Bersopan santunlah pada tuan tanah dan alam sekeliling. Masa dan ruang untuk membaiki keadaan masih ada. Tidak salah kita beralah dan berfikir panjang jauh ke hadapan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. 

Duit bukan segalanya. Duit boleh dicari dengan cara lain dan sumber lain yang lebih baik. Jerai Hills boleh lakukan penambah baikan. Boleh jadikan tempat penginapan di situ sebagai patuh syariah, jangan biarkan perkara tidak baik berlaku, kesannya amat buruk pada masyarakat dan alam. 

Sebelum alam marah, perbaikilah apa yang patut. Jagalah kesucian yang ada. Pergilah ke tempat lain wahai Dinosaour, luas lagi tanah di bawah.



No comments:

Powered by Blogger.