Durian Musang King Berharga Hampir RM400 Sebiji - MyRating

Durian Musang King Berharga Hampir RM400 Sebiji

 


Berbaloi lah kalau tanam Musang King. Patutlah ramai orang hendak tanam Musang King. Sekali jual harga sebiji dekat RM400. Kalau jual 10 biji dah dapat RM4000. 

Pada tahun 2019, durian Musang King Malaysia, buat pertama kali akan diimport ke China secara rasmi dalam bentuk buah-buahan beku dan boleh dibeli melalui dalam talian atau luar talian.

Di China, harga Musang King saiz XL berharga $698 renminbi. Buah durian Musang King ini dijual secara sejuk beku dalam pasaraya di China. Kalau "convert" duit Malaysia, harga Musang King ini dah jadi RM446.23 sebiji. 

Kalau buah durian Musang King yang bersaiz M, harganya adalah $299 renminbi sebiji, dalam duit Malaysia berharga RM191.15 sebiji. Memang berbaloi lah tanam durian Musang King ini. 


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan bekerjasama dengan syarikat dari China untuk menanam durian Musang King di atas tanah seluas 4,046 hektar. Satu hektar jika ikut anggaran, boleh tanam 60 pokok Musang King. 

Satu pokok Musang King boleh hasilkan dalam purata 100 biji buah semusim. Harga purata Musang King di Malaysia adalah dalam RM40. Jika tanpa eksport pendapatan sepokok adalah dalam anggaran RM8,000. 

Setahun dianggar ada 3 musim, jadi pendapatan sepokok adalah dalam RM24,000 setahun. Kalau taukeh Musang King itu ada satu hektar, 100 pokok, berapa income dia setahun? 100 pokok darab dengan RM24,000 = RM2,400,000 setahun. 




Dah jutawan dah kira ni. Namun jika buah Musang King itu dieksport di China. Pendapatan itu akan jadi bertambah kali ganda lagi. Andaikan sepokok yang menghasilkan 100 biji itu hasilkan 50 buah XL dan 50 buah saiz M. 

Sebiji buah saiz XL adalah RM400 secara puratanya, saiz M dalam RM190. Kalau 100 biji jumlahnya jadi RM20,000 (50 biji saiz XL) dan RM9,500 (50 biji saiz M). Jumlahnya jadi RM29,500 semusim bagi sepokok. 

Bertambah pendapatan sebanyak RM21,500 berbanding hanya pasaran tempatan. Kalau tiga musim, ada 1 pokok sahaja sudah mencecah angka RM29,500 x 3 = RM88,500. 


Bayangkan kalau 1 hektar, 100 pokok. Jumlahnya akan jadi RM88,500 sepokok darah dengan 100 pokok = RM8,850,000. Menerusi eksport, hasilnya bertambah RM6,450,000 berbanding pasaran tempatan. Itu baru cerita satu hektar. 

Kalau orang itu ada 10 hektar, dah hasilnya RM80.8 juta setahun. Kalaulah Nafas dalam projek di atas tanam 4,000 hektar, jumlah hasilnya berapa itu untuk setahun?

Tentunya lumayan, inilah rezeki Musang King. Siapa sangka, berbakti kepada tanah dan alam, hasilnya cukup lumayan. 

No comments:

Powered by Blogger.