Tik Tok Affiliate : Peluang Baru Tambah Pendapatan Online - MyRating

Tik Tok Affiliate : Peluang Baru Tambah Pendapatan Online

 

Tik Tok kini memperkenalkan satu lagi program yang dinamakan sebagai Tik Tok Affiliate. Mendapat sambutan yang hangat di Malaysia. Ini kerana di Malaysia, Tik Tok berada di ranking ke-2, aplikasi mobile apps yang paling banyak dimuat turun oleh rakyat Malaysia. 

Mengikut ranking global, Malaysia berada di tangga ke-6 daripada segi "Tik Tok Penetration". Pengguna Tik Tok di Malaysia adalah sejumlah 4 juta pengguna dan majoritinya adalah di bawah umur 30 tahun. 41% daripada mereka adalah berusia 16-24. 

Manakala 56.8% pengguna Tik Tok Malaysia adalah wanita, 43% adalah lelaki. Ini adalah satu demografi yang bagus untuk menjalankan perniagaan online. Malah satu cabang baru bagi menambah pendapatan sampingan kepada mereka yang aktif dalam perniagaan atas talian. 


Bagaimana hendak menjadi Tik Tok Affiliate?


1) Ianya tidak memerlukan modal permulaan.

2) Hanya perlu mempromosikan barangan dengan cara yang kreatif sahaja. 

3) Tidak perlu ada barang sendiri dan buat video untuk barang tersebut. 



5 langkah mudah untuk daftar TikTok Affiliate 

1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi “TikTok Seller App” Pengguna mestilah mempunyai aplikasi tersebut untuk mendaftar akaun TikTok Affiliate.

2. Selepas itu, daftar masuk menggunakan akaun TikTok.

3. Kemudian, tekan pada bahagian “Setting” dan “Linked TikTok Accounts” untuk hubungkan akaun TikTok.

4. Selepas itu, tekan nama akaun anda dan klik pada butang “Link New Account”.

5. Akhir sekali, masukkan nama penuh sebagaimana di kad pengenalan serta nombor kad pengenalan untuk pengesahan bagi memudahkan pengeluaran komisen yang bakal diterima.


No comments:

Powered by Blogger.