Apa Maksud GOAT Yang Digelarkan Kepada Messi? - MyRating

Apa Maksud GOAT Yang Digelarkan Kepada Messi?

 



Rakyat Argentina hari ini penuh gembira, bukan sahaja kerana menang World Cup tetapi mereka bangga adanya Maradona dan Messi di negara mereka.


“I was born in Argentina, land of Diego and Lionel.” ini yang mereka laungkan hari ini.


Hari ini trending di twitter dan media sosial tentang "GOAT", ada yang ingat kenapa Messi disamakan pula dengan kambing? GOAT itu adalah singkatan kepada Greatest Of All Times (GOAT). Bukannya terjemahan terus yang bermaksud kambing. 


Pertamanya, Messi adalah pemain yang paling banyak bermain perlawanan di World Cup, jumlah perlawanan yang disertai adalah 26 perlawanan, melebihi pemain-pemain lain seperti Lothar Matthaus, Miroslav Klose, Paola Maldini dan Cristiano Ronaldo. 


Keduanya, Messi adalah pemain paling banyak bermain (mengikut minit perlawanan) dalam World Cup mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Paola Maldini dengan 2,216 minit. 


Ketiganya, Messi mencatatkan empat rekod baru dalam 
Guinness World Records iaitu :

  • Most Man of the Match awards won at the FIFA World Cup: 11
  • First person to assist at five different FIFA World Cups
  • Most FIFA World Cup appearances as captain: 19
  • Most appearances in FIFA World Cup tournaments by a player (male): 5



Keempatnya, Messi memiliki rekod hebat sebagai seorang pemain dengan memenangi tropi berikut ;


  • 7 kali Anugerah Ballon d'Or
  • Penjaring Gol Terbanyak dalam La Liga iaitu 474 gol
  • 14 kali Tropi Supercopa De Espana
  • 3 kali Tropi Europa Super Cup
  • Pemain paling banyak assist iaitu 350 assist
  • 791 gol untuk kelab dan negaranya
  • 6 kali tropi Penjaring Gol Terbanyak Eropah



Kelimanya, berbanding dengan Messi ;

  • Maradona tidak pernah menang Copa America
  • Pele pula tidak pernah bermain di Eropah
  • Ronaldo (Brazil) tidak pernah menang Champions League
  • Cryuff tidak pernah menang World Cup
  • Cristiano Ronaldo tidak menang World Cup
tetapi Messi menang semua piala ini.

No comments:

Powered by Blogger.