Doa & Zikir Penting Di Kala Situasi Genting Wabak Virus Coronavirus - MyRating

Doa & Zikir Penting Di Kala Situasi Genting Wabak Virus Coronavirus


Dunia dikejutkan dengan penyebaran Koronavirus yang masih lagi tidak ditemui penawarnya. Terbaru ia juga telah memasuki negara kita.

Doa adalah senjata dan penawar bagi orang beriman, apatah lagi ketika orang ramai sedang gelisah dengan virus yang membawa maut ini.

1. Antara doa sunnah yang sangat penting untuk kita amalkan ketika ini:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء
Mafhumnya: "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat" [riwayat al-Tirmidzi].

Doa Nabi SAW ini sangat ringkas dan padat.
Keempat-empat perkara ini merupakan ‘virus’ berbahaya yang perlu dihindarkan dari kehidupan kita.

2. Begitu juga dengan doa penting ini:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta” [riwayat Muslim].

Dalam sebuah hadis, datang seorang lelaki kepada Nabi SAW menceritakan bahawa beliau disengat oleh kala jengking ketika sedang tidur. Lalu Nabi SAW memberitahu sekiranya lelaki itu membaca zikir tersebut ketika waktu petang (malam) itu, nescaya dia akan dilindungi dari mudarat tersebut.

3. Jangan lupa sunnah zikir pagi dan petang yang boleh menjadi benteng yang melindungi diri kita.

Antara zikir yang paling utama untuk kita amalkan ialah:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [riwayat Abu Dawud].

Lazimkan diri untuk membaca zikir ini tiga kali di waktu pagi dan petang, nescaya Allah akan melindungi si pembaca dari bala yang mendatang.

Moga Allah memelihara kita dan memberikan kita semua keselamatan di dunia dan di akhirat.

-Dr. Kamilin Jamilin-

No comments:

Powered by Blogger.