Fara Mendoza Nafi Foto Itu Adalah Dirinya - MyRating

Fara Mendoza Nafi Foto Itu Adalah Dirinya


Norfaralinah binti Md Yunus atau lebih dikenali sebagai Fara Mendoza menafikan sekeras-kerasnya gambar bogel yang tersebar di aplikasi Telegram itu adalah dirinya. Fara Mendoza berikrar akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah jahat tersebut. 


Gambar yand didakwa tersebut, mengikut sumber laman Mstar. Gambar tersebut tersebar di aplikasi media sosial Telegram sejak hari Khamis yang lalu. 

Fara Mendoza yang baru berusia 30 tahun, dan telah membintangi beberapa drama tempatan seperti Projek Memikat Suami (2013), Suamiku En Sotong (2014) dan filem Keranda Tok Wan Terbang pada 2015 sering dikaitkan dengan pelbagai cerita gossip dan panas. Namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menceburkan diri dalam dunia hiburan. 



Fara Mendoza menyatakan :

"Wanita dalam gambar itu bukan saya. Ia fitnah yang sengaja dilemparkan untuk menjatuhkan saya. Mula-mula dia fitnah saya buang janin. Sekarang dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula. Dia ingat saya stress ke dengan fitnah dia? " ujar Fara Mendoza menafikan sekeras-kerasnya fitnah gambar bogel tersebut. 

Fara Mendoza sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan mendakwa orang yang disyaki memfitnahnya itu sebagai mental dan tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan orang itu. Begitulah luahan hati Fara Mendoza menurut sumber Mstar. 


No comments:

Powered by Blogger.