Kisah Rusa Betina Yang Hamil
Tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala ada seekor
rusa betina tua yang sedang hamil. Ketika mendekati detik-detik kelahirannya,
rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan Westeros dan
berdekatan dengan sungai.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak boleh
dibayangkan terjadi...
Terdengar suara gemuruh dari langit. Ingatkan
naga Daenerys Targaryen, rupa-rupanya bukan. Kilat sahaja yang menyambar kepermukaan
bumi. Hutan kering itu tiba-tiba terbakar kerana percikan api daripada kilat tersebut.
Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak
seorang pemburu yang mirip seperti Hawkeye sedang menyasarkan anak panahnya
kepada rusa betina yang hamil itu.
Kemudian, bila rusa betina itu memandang ke
kanan, dia terkejut kerana ada seekor Singa yang mukanya lebih garang daripada
Lion King mahu menerkam dan memakannya.
Maka rusa betina yang hamil itu tiada pilihan
lain, selain :
Pilihan pertama, mati dimangsa singa. Pilihan
kedua, mati terkena panah Hawkeye. Pilihan ketiga, mati terbakar dalam hutan
dan pilihan keempat, mati lemas kerana melompat ke dalam sungai.
Rusa betina itu serba salah dan begitu sayu,
lebih-lebih lagi memikirkan anak yang dikandung dalam perutnya. Mengalir air
mata rusa betina mengenangkan nasibnya dan anaknya.
Bahaya datang dari segenap penjuru. Hendak
buat apa? Call 999? Nak panggil Avengers datang tolong? Atau nak panggil
Wonderpet? Semuanya tak sempat kerana telefon rusa betina itu tertinggal kat
rumah. Buntu dibuatnya...
Akhirnya, rusa betina itu pun pasrah. Dia
membuat keputusan untuk fokus melahirkan anaknya dahulu. Anak lebih penting
daripada ancaman yang bakal mendatang. Nyawa anaknya lebih penting.
Lalu
apa yang terjadi?
Kilat-kilat datang menyambar nyambar mengganggu
pandangan si pemburu. Apakah itu kilat daripada Thor? Entahlah, rusa betina itu
kekal fokus tanpa mempedulikan apa yang berlaku.
Akhirnya, panah yang dilepaskan ke arahnya
telah tersasar dan mengenai mata Singa yang nak menerkam rusa betina itu. Terus
Singa itu lari lintang pukang menyelamatkan diri, mana tidaknya susah hendak
memburu kalau ada satu mata, kecuali lah kau tu Nick Fury.
Hujan pun turun dari langit selebat-lebatnya
hingga memadamkan kebakaran di hutan tersebut. Pemburu yang berlagak macam
Hawkeye tu pun mencari tempat untuk berteduh kerana dia tak tahan sejuk dan
tidak lagi mempedulikan rusa betina itu lagi.
Agak-gaklah nak memburu pun, rusa tengah hamil
pun kau sebat... apasel kau ni? Tak belajar pendidikan moral kat sekolah ke?
Akhirnya, rusa tu pun melahirkan anaknya
dengan selamat.
Moral of storynya :
Sahabatku....(biarpun korang tak mengandung
macam rusa itu)
Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah.
Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas
lega.
Masalah di tempat bekerja, masalah di dalam
rumah, masalah di jalan, masalah dengan anak-anak kita semuanya datang secara
bundle. Seakan kamu tidak boleh berbuat apa-apa.
Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya
berjalan apa adanya. Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan ! Solat, mengaji
dan berzikir dan tinggal. Selebihnya serahkan kepada Allah SWT yang Maha Kuasa.
Kerana perancangan Allah SWT melebihi segalanya.
Saudaraku...Sungguh Allah menyayangi hamba-Nya melebihi kasih sayang
ibu pada anaknya. Dia lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan
menyembuhkan luka-lukamu.
Jangan berkata, Allah, aku memiliki masalah
yang besar…Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki Allah Yang Maha Besar```
Tetap istiqomah...
No comments: