Pelakon Gerak Khas Terharu Dengan Jasa & Pengorbanan Posmen
Aksi Zulkifli Ismail pada tahun 2011 sewaktu berlakon telemovie Man Pos Masuk Kampung. Zulkifli ini juga popular sebagai ASP Razlan dalam filem Gerak Khas.
Seorang artis
dan pelakon popular tanahair yang sering melakonkan watak ayah, inspektor polis dan tokoh
koprat, Zulfkili Ismail terharu dengan pengorbanan dan jasa dua orang posmen
kepadanya.
Mungkin ada
kenangan indah Zulkifli bersama dengan dua orang Posmen
terbabit yang dikenali
sebagai Pak Lid dan Pak Ani. Dalam coretan di
Instagramnya pada 10 Oktober 2019
itu, Zulkifli menyatakan hasrat untuk
menemui dua orang Posmen terbabit.
Beliau
mendapat gambar dua orang posmen itu ketika mereka sedang bertugas
di Pejabat
Pos Alor Janggus, Kedah kira-kira 40 tahun yang lalu. Ini bermakna
gambar
berusia 40 tahun itu diambil pada tahun 1979.
Zulkifli
mendapat kiriman gambar tersebut sempena Hari Pos Sedunia yang
dikirim kawan
sepermainannya di kampung dulu, Ahmad Suhaimi Othman.
Berikut adalah
coretan penuh Zulkifli di Instagramnya :
“Gambar ini
berusia hampir 40 tahun. 2 orang posmen Lid dan Ani sedang menjalankan tugas di
Wakil Pos Alor Janggus. Besar jasa mereka dalam hidup saya. Saya ingin berjumpa
dengan mereka tapi saya tak pasti di mana Pak Lid dan Pak Ani berada. Terima
kasih sahabat sekampung dan sepermainan saya Ahmad Shuhaimi Othman yang
mengirimkan gambar ini semalam. (Semalam 9 Oktober adalah Hari Pos Sedunia)
Kepada anggota Posmen yang mengenali Pak Lid dan Pak Ani ini
bolehlah
memberitahu mereka bahawa ada "ASP Razlan" atau pelakon drama popular
cerita Melayu
sedang mencari mereka berdua. Hendak ajak berlakon sama
agaknya. Mana tau
rezeki jadi pelakon kan.
Apa pun, tahniah kepada abam abam Posmen sekalian. Jasa dan
pengorbanan
baik anda sekalian dikenang sepanjang hayat.
No comments: