Kalau Ke Penang, Jangan Terkejut Kalau Pasukan Uniform Ini Tahan Motor Anda
Bagi mereka yang dah lama tak ke Pulau Pinang mungkin terkejut, ya lah mana tak terkejut, kerana uniform mereka berlainan daripada polis trafik. Jadi jangan terkejut ya, ni nak bagi tau sat mereka memang ada kuasa untuk menahan motor dan kereta di kawasan Penang.
Ini kerana, mereka adalah anggota Warden Lalu Lintas Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mula diperkenalkan pada 16 Januari 2020 yang lalu.
GEORGE TOWN, 16 Jan 2020 – Anggota Warden Lalu Lintas Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dilantik mempunyai hak untuk melaksanakan penguatkuasaan lalu lintas di kawasan pulau, khasnya George Town bermula hari ini.
Majlis Pelancaran Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan MBPP yang berlangsung pagi ini disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dengan pemeriksaan perbarisan 70 anggota warden trafik.
Kon Yeow dalam ucapannya berkata, pelantikan tersebut merupakan satu lagi inisiatif baharu sebagai usaha tambahan dalam memastikan aliran lalu lintas di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan lancar dan terkawal.
Menurut beliau, inisiatif ini secara langsung turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi masalah trafik di negeri ini.
“Justeru, Kerajaan Negeri menyokong penuh hasrat MBPP yang mengambil pendekatan sewajarnya untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
“Seiring dengan pembangunan dan kemajuan infrastruktur, pertambahan jumlah kenderaan saban hari memaksa perancangan yang lebih terperinci dan teliti dilaksanakan.
“Dengan itu, ianya jelas bahawa kawalan penguatkuasaan adalah tepat pada masanya dan relevan bagi memastikan aliran lalu lintas berada dalam keadaan terkawal serta memuaskan,” ujarnya sambil menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga komited menyediakan penyelesaian pelan jangka panjang berhubung permasalahan berkenaan.
Hadir sama, Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang; Ahli-ahli Majlis MBPP; Deputi Komisioner (DCP) Datuk Roslee Chik (Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang); Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong (Ketua Polis Daerah Timur Laut, DTL); Ahmad Azrizal Tahir (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam MBPP); Mohd. Azizan Md. Desa (Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBPP) dan wakil-wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).
Pelantikan warden trafik MBPP dibuat mengikut Seksyen 3 (4B) Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan ia adalah sah di sisi undang-undang.
Justeru, Kon Yeow yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi menasihati semua warden trafik agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan profesional, penuh integriti dan sempurna.
“Aspek keselamatan perlu diberikan keutamaan agar penguatkuasaan yang diambil menepati ekspektasi rakyat secara keseluruhannya… akan ada masanya kritikan dan tohmahan dilemparkan, teruskan tanggungjawab yang diberikan mengikut peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
“Kita (Kerajaan Negeri) sedar bahawa penguatkuasaan undang-undang bukan suatu tugas yang mudah,” jelasnya.
Dalam pada itu, pada sidang media berasingan, Mohd. Azizan memberitahu bahawa terdapat 44 kesalahan yang boleh diambil tindakan dan dikeluarkan kompaun oleh warden trafik mengikut undang-undang.
“Antaranya, berhenti di petak kuning, membuat pusingan selain di tempat dibenarkan, memotong kenderaan di garisan berkembar, gagal menunjukkan lesen memandu, ingkar tanda dan isyarat lalu lintas,” ulasnya.

No comments: