Tidur Dengan Buku, Akhirnya Jadi Ahli Persatuan IQ Tinggi Dunia - MyRating

Tidur Dengan Buku, Akhirnya Jadi Ahli Persatuan IQ Tinggi Dunia





Budak-budak sekarang pantang nampak telefon, i pad dan tab. Mesti nak ambil untuk main games, tengok Youtube atau menari dengar lagu Mengantuk, Mengantuk Didi & Friends. Tidak mengapalah sekali-sekali menari tu tak salah. 

Namun kalau addicted sangat dengan gajet, lama-lama kanak-kanak tidak akan bercakap dengan orang dan akan bersama dengan persekitaran dunianya sahaja. Sampai tidur pun berbantalkan gajet. Itulah realiti yang berlaku sekarang. 

Segalanya berbeza bagi Haryz Nadzim yang di awal usianya didedahkan dengan buku. Tidur pun dengan buku. Kanak-kanak warganegara Malaysia berusia 4 tahun, Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim diiktiraf sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global (Mensa) UK.





Kejayaan Haryz Nadzim ini adalah top 0.3% daripada populasi dunia. Hebat tu. Tak ramai orang Malaysia yang boleh berada di kedudukan tersebut. Mensa, sebuah persatuan untuk orang yang IQ tinggi dan beribu pejabat di Wolverhampton, UK telah menulis surat kepada Haryz Nadzim untuk menjemputnya berada dalam ahli Mensa pada 14 Januari lepas. Suratnya seperti di bawah ini. 



Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Metro UK, ibu Haryz iaitu Nur Anira Asyikin Hashim, 30 menyatakan rahsia kenapa anaknya boleh menjadi begitu adalah kerana pendedahan kepada buku-buku yang dibuatnya sejak usia awal Haryz lagi. 
Tengok tu, mak nak anak pandai bagi buku. Ni tidak, mak sayang anak bagi gajet kat anak. Kenapa bagi gajet? Sebab tak nak anak kacau mak, jadi melekatlah anak dengan gajet tu sampai bateri habis. Kadang-kadang sampai 3 ke 4 jam dengan gajet.

Menurut Anira lagi, Haryz sudah boleh mengenal huruf pertamanya ketika usia 7 bulan lagi dan ketika dia berusia dua tahun, Haryz sudah boleh membaca buku sendiri. 
Anira dan suaminya, Hilmy mempunyai background dalam bidang engineering dan mereka berdua tidak menyangka anaknya itu akan menunjukkan kepintaran yang luar biasa itu seawal usia muda.
"Bila kami hantar dia ke nursery, mereka mula memberitahu kami yang Haryz terlalu advanced berbanding kanak-kanak yang lain" cerita Anira lagi. 

Tengok ni advance ke tak advance Haryz bila panggil terus nama mak dia macam orang dewasa, cikgu dia pun dia panggil Stephanie cam tu je... Selepas Anira dan Mohd Hilmy kenal pasti bakat Haryz ni, mereka setupkan satu Youtube Channel bernama Little Haryz.


Inilah Youtube Channelnya. Jom rakyat Malaysia, subscribe ramai-ramai. Baru berusia 4 tahun, Haryz macam juga kanak-kanak lain, suka berlari, menyanyi dan melukis.
Rancangan televisyen kegemaran Haryz adalah Story Bots dan Numberblocks. Namun menurut mak dia, Haryz lebih suka bercakap dengan orang yang lebih tua daripada tengok tv. 
Ha dengar tu, anak-anak kita kalau dapat tv tak cakap dengan orang dah. Ni buka genius ni tak nak tengok tv sangat, suka cakap dengan orang. Haryz suka tanya soalan mengenai numbers dan angkasa lepas. 

Satu je yang tak genius pasal Haryz ni, dia suka pasukan Manchester City. Hehe. Kalau dia tanya orang yang lebih besar, sudah pasti dia akan sokong pasukan yang menang dan berada di tangga teratas EPL. Kesian dia, dapat info salah. 
Menurut mak dia lagi, Haryz begitu excited bila dijemput masuk sebagai ahli Mensa UK dan mendoakan anaknya itu dapat mencapai sesuatu yang luar biasa lagi di masa hadapan. Insyallah, semua rakyat Malaysia berdoa agar Haryz menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Amin, mari kita berdoa bersama-sama. 

No comments:

Powered by Blogger.