Ibrah Dari Virus Novel Coronavirus Dari Wuhan - MyRating

Ibrah Dari Virus Novel Coronavirus Dari Wuhan

Difahamkan tiga warga China dilaporkan positif Virus Korona di Malaysia. 

Virus Korona ni dikatakan berpunca daripada haiwan esotik seperti Kelawar, Koala, Kucing dan Anjing.

Sama-sama kita doakan Malaysia bebas daripada wabak virus Korona ini.
Jangan kita terlalu gembira atas sesuatu musibah yg menimpa sesuatu kaum. Sering saya terjumpa reaksi 'emoji gelak' dlm posting2 berita mengenai apa yg berlaku di Wuhan. Tak kurang komen2 "padan muka!" dan sebagainya.

Situasi pandemic seperti ini bukan hanya melibatkan orang yg bersalah. Tapi ramai antara mereka yg tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Tidak mustahil jg ada saudara kita yg turut terlibat dlm situasi tegang di sana.

Pernah tgok filem FLU? Filem ni ada menggambarkan situasi bagaimana transmisi virus berlaku dan ramai golongan yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.

 Sy terbayang2 keadaan anggota kesihatan mereka. Saat kita menerima sedikit musibah di sini pun lelahnya sudah cukup dirasakan. Apatah lagi dlm situasi yg besar seperti mereka di sana. Tak terbayang besarnya pengorbanan yg dilakukan.

Apa yg berlaku di sana jelas Allah tunjukkan betapa Islam itu benar. Al Quran itu benar. Dan Allah menjawab mengapa dlm Islam Dia tetapkan ada halal dan haram dalam pengambilan makanan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." [Surah Al Baqarah : 168]

Ya, yg salah tetap salah. Namun jangan kita tergesa2 menghukum mengatakan suatu musibah itu merupakan bala dari Tuhan.

فَلَا تَعۡجَلۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمۡ عَدًّ۬ا
“Janganlah tergesa ke atas mereka (dengan mendoakan azab buat mereka), kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka (diazab)” [Surah Maryam: 84]

Bila sesuatu kaum ditimpa musibah, apa perlu kita buat adalah mengambil ibrah. Ada sesuatu yg Allah kirimkan dari setiap apa yg berlaku. Tidak Allah takdirkan sesuatu dgn sia2.

Jaga hati jaga lisan.
Risau ada hati yg terguris dgn lisan kita.

Istighfar atas keterlanjuran...

Jaga diri. Moga Allah selamatkan dan pelihara kita dari turut terkena tempiasnya..🤲🏻

Ummu ZahrahFateh

No comments:

Powered by Blogger.