Tempat Breakfast Best Kat Kluang Johor - MyRating

Tempat Breakfast Best Kat Kluang Johor


Tengok telur ini pun dah meleleh leleh lidah ni. Belum rasa lagi dah tahu betapa sedapnya telur, roti dan teh tarik ni. Nampak dia punya buih teh tarik tu, lain macam sikit. Ni mesti dia campur teh atau susu yang dia guna tu rare, bukan macam susu biashe biashe je.

Inilah port paling best kalau nak breakfast di Kluang Johor. Port ini namanya Kluang Rail Coffe. Boleh lepak santai-santai, cuma tak boleh la hisap rokok macam dulu-dulu ya. Kena hormati undang undang yang sedia ada. 


Harga makan dia boleh tahan. Tidak mahal dan berbaloi dengan rasa dan kesedapan yang diperolehi selepas memakannya. Kedai ni buka jam 7.00 pagi, tutup jam 12.30 tengahari. Kedai ni letaknya kat stesen keretapi. 

Kaya butter dia hanya RM1.50, Nasi lemak bungkus 90 sen je dan kopi nya hanya RM1.80 sahaja. Alamat kedainya di Kluang Railway Station, Stesen Keretapi 86000 Kluang, Johor. 

Petang pun kedai ni buka, jam 2.30 petang sampai 6.30 petang. Rugi kalau datang Kluang tak datang kedai ni. Best wooo



No comments:

Powered by Blogger.