Ini Sebabnya Jalanraya Di Perlis Paling Selamat Di Malaysia - MyRating

Ini Sebabnya Jalanraya Di Perlis Paling Selamat Di Malaysia



Menurut sumber berita dari Bernama, negeri Perlis telah diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan 0.3 peratus.
Difahamkan, kadar itu lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.
Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Sebab apa jalan di Perlis selamat? Tengok kat atas tu, selamat sangat sampai boleh lepak ambil gambar dulu atas jalanraya. Kat tempat lain boleh ke? tak de dah tempat seaman ni melainkan di Perlis
Memang orang Perlis, tak bawak kereta dan motor deras deras. Kalau deras dan laju pun tu geng duk bawak pelari beras dan minyak suatu ketika dulu la. Sekarang ni sejak RM ni jatuh teruk dah makin berkurang dah.

Orang Perlis kecuali di Kangar, Kuala Perlis dan Arau jarang keluaq malam. Kelawar ja yang keluar malam di Perlis. Kalau ada juga yang keluaq malam depa mesti pi makan Nasik Kandaq Yasmin, pi makan ikan di Kuala Perlis atau pi cari KFC atau McD di Kangaq.

Situlah nak jumpa orang pun. Tempat lain semua kelam. Kawaq pun takut di Perlis. Yang meriah sikit kot Perlis belah malam kot pantai di Kuala Perlis, ada la kedai orang pi makan dan port karaoke. Orang bawak motor pelan pelan kat situ sebab nak ushar orang.

Kemalangan pun kurang di Perelih pasai jalan dia gelap kalau waktu malam. Nak papoi kalau budak-budak ni main motor tengah malam. Pasai apa depa tak race tengah malam? Sebab lembu dan kambin duk tidoq ataih jalan. Malam-malam tar panaih.



Gambar dari atas, pemandangan jalan di atas bukit nak ke Wang Kelian. Memang sesuai sangat untuk geng geng yang minat Fast and Furious ni.. tapi tak dak sapa berani sebab ramai terkena dah. Macam-macam ada kat tepi jalan, atas pokok dan lepak tepi tembok kat area ni. Jadi baik jangan cari pasal lah. 

Kalau jalan nak naik ke Wang Kelian tu lagi la orang tak race. Nak race lagu mana, puntianak duk letak atas tembok kat atas bukit tu. Sama juga jalan kat area Bukit Manik, depa kata duk melintas juga malam-malam kat situ.

Kalau jalan di area ladang tebu tu lagi sakan. Orang duk selfie tengah jalan sebab view dia cantik sangat. Jadi inilah faktor faktor tambahan kenapa jalan di Perlis ni selamat.    

No comments:

Powered by Blogger.