Kimanis: Ilham Centre Tersasar, Kemenangan Manis Buat BN
Faktor pertambahan undi sebanyak lima ribu lebih itu adalah kerana faktor Ariffin, Ketua PPBM Kimanis dan faktor kedua, orang Sabah selesa dengan parti pemerintah iaitu Warisan. Ilham Centre menyatakan isu nasional tidak berkesan di Kimanis.
Hari ini ternyata dakwaan itu meleset sama sekali. Menurut sumber yang rapat dengan pembangkang, setakat jam 2 petang tadi sahaja, BN sudah berjaya mendahului sejumlah 6,830 undi berbanding Warisan.
Setakat jam 6.21 petang tadi, BN mendahului dengan 504 majoriti berbanding Warisan. BN dijangka terus mendahului di PDM yang lain dengan kawasan PDM yang BN tumpas pada PRU14 pun turut dimenangi kali ini.
Sehingga jam 6.40 petang tadi, BN mendahului dengan 900 undi lebih.
Paling terbaru jam 6.45 tadi, BN mendahului dengan majoriti 1,462 undi. Menjelang jam 7 malam Barisan Nasional (BN) menghampiri kemenangan.
Setakat jam 7 petang ini BN sudah pun mendahului Parti.Warisan dengan majoriti 1,740 undi.
BN setakat ini memperolehi 10,391 undi manakala Warisan 8,651 undi.
BN hanya memerlukan kurang dari 1000 undi lagi untuk diumumkan sebagai pemenang
Sebelum ini, ramalan Ilham Centre di beberapa PRK termasuklah di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Sandakan dan Tanjung Piai hampir tepat. Kali ini Ilham Centre tersasar.Barangkali Ilham Centre terlupa hubungan siapa yang lebih erat dan kuat di Kimanis? Adik sendiri atau menantu? Ilham tersilap memilih faktor menantu.
Kita nantikan keputusan rasmi Kimanis nanti. Apa pun Barisan Nasional dijangka menang malam ini.
No comments: