Kisah Posmen Dianggap Penjual Aiskrim - MyRating

Kisah Posmen Dianggap Penjual Aiskrim



Dalam banyak-banyak kisah Posmen, yang ini rare sedikit kerana posmen disangka sebagai penjual aiskrim. Siapa sangka tong besi yang berada di belakang motorsikal posmen itu dianggap sebagai tong aiskrim.

Betul ke? Ye memang itulah yang terjadi kepada seorang posmen bernama En Mohd Zaine bin Nordin, seorang posmen yang berkhidmat di Banting Selangor.

En Mohd Zaine telah bertugas dengan Pos Malaysia selama 17 tahun sejak tahun 2003 lagi. Beliau yang kini berusia 46 tahun telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata.

En Mohd Zaine mula bertugas di Cawangan Serahan Banting pada 2003. Kemudian beliau bertugas di Pusat Serahan Pos Malaysia Teluk Panglima Garang sejak 2004 sehinggalah sekarang.

Kenangan paling pahit pernah dirasai oleh En Mohd Zaine adalah ketika beliau dikejar anjing semasa membuat serahan barang kepada pelanggan. Nasib baiklah En Mohd Zaine tidak mengalami sebarang kecederaan akibat peristiwa tersebut.

Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh En Mohd Zaine adalah ketika kanak-kanak menahan motorsikalnya dan meminta untuk membeli aiskrim. Kanak-kanak itu ingat tong besi yang berada di belakang motorsikal posmen itu adalah box aiskrim.

Itu memang kenangan manis yang akan terus terpahat dalam fikiran En Mohd Zaine sepanjang 17 tahun beliau bertugas menjadi Posmen. Selain itu En Mohd Zaine gembira kerana beliau mempunyai ramai kenalan daripada pelbagai bangsa ketika menjalankan tugas sebagai seorang Posmen.

Inilah kenangan pahit manis seorang Posmen di Malaysia. Ada yang kemalangan putus kaki, ada yang kena kejar anjing, ada yang terjatuh dalam longkang besar dan ada pula yang dianggap sebagai penjual aiskrim. Penuh warna-warni kehidupan seorang Posmen ini.

Walau apa pun yang berlaku, teruskan khidmat kepada rakyat tanpa rasa jemu. Rakyat sentiasa menghargai pengorbanan besar semua abang-abang Posmen sekalian. Terima kasih Abang Abang Posmen.


No comments:

Powered by Blogger.