Kisah Tiga Generasi Posmen Yang Paling Awesome Sekali - MyRating

Kisah Tiga Generasi Posmen Yang Paling Awesome Sekali




Pada tahun 1971, abahnya paling champion dan paling awesome untuk si anak ini. Abah itu champion dan awesome kerana beliau adalah seorang Posmen. Pada waktu itu Posmen hanya menaiki basikal sahaja.

Inilah kisah benar mengenai tiga generasi Posmen yang benar-benar berlaku di Malaysia. Seorang abah terpaksa melepaskan tawaran untuk menjadi seorang Posmen kerana merasakan dirinya lebih diperlukan oleh keluarganya bila mendapat cahaya mata lelaki yang pertama.



Namun Miswan tidak pernah give up, selepas anaknya berusia tiga tahun, Miswan hadiri 31 temuduga dan akhirnya menjadi seorang Posmen juga pada tahun 1974.

Miswan menjadi Posmen yang rapat dengan rakyat. Jika kanak-kanak berjumpa dengan Posmen pada waktu itu, benda pertama yang kanak kanak tu minta adalah getah. Getah putih yang besar itu yang diminta dari Posmen.



Anak-anak dara pula menyapu di halaman rumah. Bila Miswan datang sahaja, terus anak anak dara ini mengerumuni Miswan. Masing-masing menanti surat daripada kekasih mereka. Surat itu wangi, siap ada bedak lagi. Betul lah cakap Along, anaknya, bapa dia memang awesome dan champion. 

Posmen lah yang tolong baca surat kalau ada kalangan rakyat yang terima surat tu tidak boleh membaca. Malah ada Posmen yang tolong paku nombor alamat rumah pada waktu itu. Itulah kehidupan seorang Posmen di zaman Miswan. 



Pada tahun 1993, bila anak Miswan sudah membesar, anaknya juga ingin bekerja sebagai seorang Posmen seperti bapanya. Along, anak Miswan ini begitu tertarik dan tertawan dengan kerjaya dan kehidupan seorang Posmen.

Miswan berpesan, “Along kena janji, kerja Posmen ini adalah satu tanggungjawab dan satu amanah. Kita diamanahkan untuk menyampaikan surat dan membawa berita. Kerja kena ikhlas dan penuh dedikasi. Jangan malukan nama abah dan keluarga”.



Along (Ally Eimran), anak Miswan bin Surat tidak lagi menaiki basikal. Dia naik motor. Namun biarpun berbeza kenderaan yang dinaiki untuk menghantar surat tetapi amanah yang dibawa tetap sama.

Pernah satu ketika Along merasa runsing kerana satu surat berdaftarnya tercicir. Along rasa begitu bersalah sekali kerana teringatkan pesan Miswan, ayahnya tentang amanah. 



Nasib baiklah surat itu terjumpa kembali. Hanya terselit pada tayar motorsikalnya. Pada waktu itu, Along kendalikan 300 surat sehari.

Tahun 2015, Yun (Mohd Amierul), cucu kepada Miswan pula mahu menjadi Posmen. Kata-kata dan pesanan Miswan diulang semula kepadanya, agar ikhlas, dedikasi dan amanah dalam tugasnya.

Inilah kisah benar tiga generasi yang menjadi abam Posmen. Kisah yang wajar diteladani dan diikuti oleh semua abam abam Posmen. Siapa tahu, cicit Miswan pula suatu hari nanti seorang Posmen juga.

Ikuti video penuh cerita Posmen tiga generasi itu di sini :



No comments:

Powered by Blogger.