Ada Degree Tapi Graduan Ini Tidak Malu Mengaku Kerja Kilang Sejak 20 Tahun Yang Lalu - MyRating

Ada Degree Tapi Graduan Ini Tidak Malu Mengaku Kerja Kilang Sejak 20 Tahun Yang Lalu



Ini kisah yang diceritakan oleh Izman Pauzi, seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia. Ramai orang malu mengaku kerja kilang. Namun Izman Pauzi tidak malu bercakap dan bercerita kepada orang yang dia bekerja kilang. Dengarkan ceritanya ini..

[11:35, 2/19/2020] Izman Pauzi: kerja kilang di klang, selangor
[11:35, 2/19/2020] Dr Chandra : Menipu la kerja kilang
[11:35, 2/19/2020] Izman Pauzi: betul.
[11:35, 2/19/2020] Izman Pauzi: Sumpah!

Begitulah antara dialog saya dan seorang rakan sekelas semasa form 6 di Jerantut dahulu apabila dia baharu dimasukkan ke dalam grup WhatsApp kami dan kami masing-masing memperkenalkan diri.

Ayat SUMPAH tu yang tak tahan. Haha.

Apapapun ia adalah menunjukkan saya memang betul-betul maksudkan apa yang saya katakan.

Saya tidak malu mengaku kerja kilang kerana itulah hakikatnya. Saya kerja kilang sejak grads dari UUM Sintok sekitar tahun 2000 hingga sekarang.

Saya sendiri tidak merasa malu bekerja kilang tetapi semasa bujang dahulu, cinta suci saya pernah ditolak apabila diketahui saya cuma kerja kilang.

Bukan sekali, tetapi 2 kali.

Kali pertama, di hadapan Mydin Klang oleh keluarga kekasih saya. Ayatnya “ kalau setakat kerja kilang, bersepah abang boleh carikan” terus menusuk saya hingga ke hari ini. Hei gemuk, kaupun kerja kilang jugaklah. Ops! Huhu.

Kali kedua, di Padang Jawa, Shah Alam. Kasih yang baru berputik dengan seorang mahasiswa universiti di situ musnah apabila dia dan rakan-rakannya mentertawakan saya yang ketika itu berterus terang menyatakan kerja kilang apabila ditanya. Selepas itu, dia mula menjauhkan diri daripada saya.

Waa…
“Berdosakan aku kerja kilang!”
“Hinakan aku kerja kilang!”

Apa nak buat, masyarakat membuat persepsi kami yang bekerja kilang ini di level yang rendah. Malah ada yang menyamakan kami setaraf pekerja asing.

Saya sendiri tak pernah menganggap pekerja asing itu hina. Mereka datang bekerja di negara kita hanya untuk sesuap nasi. Agama kita tidak mengajar kita menghina berdasarkan bangsa.

Lagipun, korang ingat kerja kilang ni satu level je ke? Adui!

Apapun ia kekal sebagai memori terindah dalam hidup. Saya sudah bahagia dengan kerjaya dan jodoh sekarang.

Saya seronok kerja kilang dan isteri saya tetap setia mencintai saya biarpun saya dari awal hingga sekarang masih kerja kilang.

Anak-anakpun saya ajar cakap “Ayah kerja kilang” apabila ditanya guru dan rakan.

Mmm… Anda tak malukah bersahabat dengan saya yang hanya KERJA KILANG?

No comments:

Powered by Blogger.