Jurgen Klopp Balas Balik Surat Peminat Manchester United Berusia 10 Tahun - MyRating

Jurgen Klopp Balas Balik Surat Peminat Manchester United Berusia 10 Tahun




Tindakan budak 10 tahun ini memang amat berani dan bijak. Dia tulis surat agar Liverpool tidak menang lagi. Maksudnya kalau Liverpool tak menang, Manchester United boleh jadi juara EPL musim ini. Sebagaimana artikel di bawah ini :
Nampaknya budak 10 tahun ini seronok bila Manchester United menang baru baru ini tumpaskan Chelsea dan seronok sekali lagi bila Liverpool kalah 0-1 dengan Atletico Madrid. Mungkin ini sebabnya budak tu tulis surat ni.


Daragh Curley cuba bertindak terhadap persembahan tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana dengan menulis surat kepada bos Reds, Jurgen Klopp meminta mereka tidak lagi menang perlawanan!
Menerusi surat berkenaan dia berkata: “Jurgen Klopp yang dihormati, Nama saya Daragh. Saya berusia 10 tahun. Saya bersekolah di Glenswilly N.S di Donegal. Saya menyokong Man United dan sebab saya menulis surat ini ialah untuk mengadu.
“Liverpool memang terlalu banyak perlawanan. Jika awak menang sembilan lagi perlawanan, awak akan menjadi pasukan dengan rekod perlawanan terbaik dalam bola sepak England. Menjadi penyokong United itu sesuatu yang menyedihkan.
“Jadi lain kali apabila Liverpool bermain, biarkan mereka kalah. Awak patut biarkan pasukan lain menjaringkan gol. Saya harap saya berjaya yakinkan awak untuk tidak menang gelaran liga atau mana-mana perlawanan lain lagi. Yang ikhlas, Daragh.
Daragh kemudian terkejut pabila dia menerima balasan rasmi Klopp, yang menolak permintaan berkenaan selain memberikan kata-kata nasihat untuk peminat muda United itu di masa depan.

Klopp membalas dengan menerangkan dia tidak ada pilihan untuk membuatkan Liverpool kalah dan dia bertanggungjawab membuatkan penyokong Reds seluruh dunia gembira dengan berkata: “Malangnya, dalam keadaan ini saya tidak boleh tunaikan permintaan awak, bukan atas pilihan.
“Sama seperti awak mahu Liverpool tewas, tugas saya ialah melakukan apa saja bagi membantu Liverpool menang kerana berjuta orang seluruh dunia mahu ia berlaku, jadi saya benar-benar tidak mahu mengecewakan mereka.'
Klopp juga menerangkan kepada budak berusia 10 tahun itu bahawa dominasi tidak akan kekal dan kitaran bola sepak akan menjadikan ia berubah. Entah-entah budak ini berkomplot dengan Manchester City untuk jatuhkan Liverpool, boleh jadi tak? Tengok gambar kat bawah ini...


No comments:

Powered by Blogger.