Macam Mana Rupa Liverpool Kalau Timo Werner Dibeli - MyRating

Macam Mana Rupa Liverpool Kalau Timo Werner Dibeli


Inilah barisan first eleven Liverpool kalau mereka dapat beli Timo Werner. Nampak lagi mantap dan meletup letup di bahagian depan. Ramai yang buat ulasan yang kurang enak bila Liverpool kalah 0-1 kepada Atletico Madrid walaupun kuasai bola 73% tetapi Shoot On Target adalah kosong. 

Ada yang kata Liverpool kurang kreativiti di bahagian tengah. Ada yang pertikai kenapa Klopp keluarkan Mane. Ada yang cakap Mo Salah yang salah sebab malas dan tak nak berlari. Macam-macam lah teori keluar. 

Biar apa pun puncanya, nampak sangat Diego Simone tahu kekuatan sebenar Liverpool di bahagian atas adalah menerusi Sadio Mane yang boleh menerobos pertahanan lawan dengan larian-larian nya yang mengelirukan. Lihat sahajalah bagaimana Liverpool menang ke atas Norwich, hanya menerusi jaringan tunggal dari Mane. 



Bila selalu sangat pakai taktik yang sama, lama-lama lawan akan tahu kekuatan Liverpool. Bagus sekali sekala Liverpool tukar taktikal di bahagian atas dengan membeli Timo Werner ni. Dia muda lagi dan boleh main banyak tahun lagi di Liverpool. 

Finishing dia pun ok di depan gol. Malah lebih baik dari Haaland yang Bayern Munich baru beli. Werner dah suka dengan Liverpool bila namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool. Jadi tunggu apa lagi. Bulan Mei ni Mo Salah nak main di Olimpik, akan ada kosong di bahagian atas. 

Inilah masanya Timo Werner dibeli. 

No comments:

Powered by Blogger.