"Kami ada pasukan yang fokus. 100% konsentrasi dan memberikan segalanya-galanya di atas padang" kata Wijnaldum kepada Liverpoolfc.com di Kompleks West Derby beberapa hari lepas. 

"Di luar padang, bila kami memerlukan penambaikan setiap pemain melakukan yang terbaik untuk pasukan. Ini yang banyak membantu kami bila setiap orang berkerjasama untuk menjadikan kami lebih baik dan lebih baik lagi" 

"Saya merasakan ini yang menjadikan kami berada di posisi terbaik sekarang kerana kami fokus untuk menjadi lebih baik daripada semalam" ujar Wijnaldum lagi. 

"Kami bermain bersama untuk beberapa tahun, kami kenal satu sama lain. Kami seperti satu kumpulan sahabat yang sentiasa bersama. Ia seperti sebuah keluarga bagi kami" ujar pemain nombor lima Liverpool itu. 
Sebab itulah pada awal musim, Klopp tak nak beli pemain baru dan Klopp bercakap dia yakin dengan pemain yang sedia ada. Ada jugak makcik bawang dari Manchester United yang dengki dan cakap Liverpool akan kalah teruk musim ini bila tiada pemain baru. 

Mentang-mentanglah diaorang baru beli defend termahal kat dunia. Tapi bukan soal wang dan siapa mahal siapa gaji rendah di Liverpool. 

Di Anfield, pasukan Liverpool menang dan meninggalkan jauh Manchester United hampir 20 tiang (kalau dalam race motor) kerana Liverpool membina sifat kekeluargaan yang kuat sesama mereka. Inilah rahsia kemenangan Liverpool.