Peminat Manchester Menangis, Menang Semua Games Pun Tak Boleh Potong Liverpool Dah - MyRating

Peminat Manchester Menangis, Menang Semua Games Pun Tak Boleh Potong Liverpool Dah



Sejak kebelakangan ini, peminat Manchester United nampaknya sudah mendapat kembali cahaya matahari bila Bruno Fernandes dibeli baru baru ini. Daripada pasukan yang sentiasa sedekahkan mata kepada pasukan bawahan liga, kini Manchester United sudah boleh menikmati nikmat kemenangan. 

Selepas menang dengan Chelsea dua kosong minggu lepas, Manchester United cemerlang sangat sangat sekali lagi bila tumpaskan Watford, 3-0 pada hari Ahad lepas untuk mengumpul 41 mata. 

Kenapa ada budak berusia 10 tahun menulis surat agar pasukan Liverpool di bawah kendalian Klopp jangan menang lagi? Ini kerana budak itu sudah buat kiraan kalau Liverpool kalah semua games, maka Manchester United boleh potong dan menjadi juara EPL. Baca surat budak tu kat sini ;

https://myratiing.blogspot.com/2020/02/jurgen-klopp-balas-balik-surat-peminta.html



Namun segala-galanya sudah berkubur kerana semalam Liverpool menang lagi dengan West Ham, 3-2 untuk mengumpul 79 mata. Biarpun Manchester United menang semua baki 11 perlawanan dengan mengumpul lagi 33 mata, Manchester United sudah tidak boleh potong Liverpool lagi. 

Manchester United hanya akan mengumpul  41 mata + 33 mata = 74 mata sahaja kalau menang semua baki 11 perlawanan musim ini. Jadi kalau hendak juga potong Liverpool, apa yang Manchester United perlu buat adalah kena menang lagi dua perlawanan season depan untuk potong Liverpool. Hehe

Chelsea pun sudah boleh melupakan impian untuk menjadi juara EPL kerana mereka juga tidak boleh potong Liverpool lagi. 44 mata + 33 mata = 77 mata sahaja. 



Hanya pasukan Leicester City dan Manchester City yang masih boleh memotong Liverpool untuk menjadi juara EPL. Fan Manchester United boleh dah fikir untuk season depan. Tak payah troll Liverpool lagi lah untuk baki 11 games ini, buang masa ja troll tu sebab bukan boleh potong Liverpool dah. 

Sekarang ni pun dah kena tinggal 38 mata dengan Liverpool. Wauuu banyak tu 38 point, jumlah kemenangan dalam 12 games tu. Hehe. Bye bye Man United. 

No comments:

Powered by Blogger.