Juara Liga EPL, Liverpool Akan Dapat Dua Gelaran Berganda? - MyRating

Juara Liga EPL, Liverpool Akan Dapat Dua Gelaran Berganda?




Enam tahun lepas, igauan buruk berlaku pada Steven Gerrard, lejen Liverpool bila dia terjatuh masa lawan dengan Chelsea. Kejatuhan itu membuatkan Liverpool terus kempunan untuk mendapatkan gelaran EPL pada tahun tersebut. Sampai trauma terus Gerrard, dia terus fly ke Monaco lepas game tu sebab terlalu frust terjatuh masa tu. 



Sekarang segalanya macam sudah berubah dan akan terubat kembali buat Gerrard bila Liverpool sekarang mendahului dengan gayatnya di puncak liga dengan 25 mata meninggalkan Manchester City di tempat kedua. Hanya perlukan 15 mata sahaja lagi dalam perlawanan yang masih berbaki 13 perlawanan untuk menjadi juara EPL. 

Penantian selama 30 tahun akan tamat buat Liverpool dan kedukaan Gerrard akan terubat sama sekali. Lebih manis lagi jika Liverpool mendapat kejuaraan berganda EPL untuk tahun 2014 dan pada tahun ini, 2020. Boleh ke? Kenapa jadi begitu?

Manchester City sekarang ini sedang bermasalah dengan UEFA kerana melanggar peraturan  UEFA's Financial Fair Play, jika didapati bersalah Manchester City akan kena turun ke League Two, kena denda puluhan juta pound dengan UEFA dan akan dilucutkan gelaran sebagai juara liga EPL pada tahun 2014. 



Apakah perkara ini boleh terjadi dan pernah terjadi? Sudah ada precedent case. Pernah terjadi kepada Juventus yang dilucutkan gelaran liga pada tahun 2005 dan 2006 dan diturunkan pangkat ke Serie B bila didapati bersalah berkomplot dengan pengadil dalam satu perbualan telefon. 

Kes ini dikenali sebagai "Calciopoli Scandal". Juventus dipotong 9 mata, didenda €75,000 dan gelaran Serie A yang dimenangi oleh Juventus pada musim 2004-05 diberikan kepada Inter Milan. 

Pasukan Juventus masa tu memang hebat, dibintangi oleh pemain-pemain hebat. Zlatan Ibrahimovic, Patrick Vieira, Lilian Thuram, Gianluca Zambrotta tinggalkan pasukan Juventus bila pasukan itu tersingkir ke Serie B. Namun ada beberapa pemain yang popular tidak tinggalkan Juventus. Pemain pemain itu adalah  Alessandro Del Piero, Gigi Buffon, Pavel Nedved and David Trezeguet. 



Del Piero paling legend sekali. Dia cakap "a true gentleman never leaves his lady." Dengan ayat inilah Juventus naik balik masa zaman Antonio Conte pada 2011/12 dan kini Juventus menjadi antara pasukan paling digeruni di Italy dan Eropah dengan kehadiran Ronaldo. Juergen Klopp pun puji team Juventus hari ini. 

Berbalik pada isu Manchester City tadi, siapa bintang-bintang City yang akan terus stay dengan pasukan itu? Dalam banyak-banyak itu korang rasa ada tak bintang City ini yang hati kental macam Del Piero ni? Susah dah nak cari macam tu, kalau ada pun mungkin Aguero. Dia lain macam sikit, macam bapak mertua dia, Maradona. 


Kalau benarlah Manchester City akan dilucutkan gelaran liga, maka Liverpool akan mendapat gelaran juga EPL double pada tahun 2014 dan tahun 2020. Satu untuk Gerrard dan satu untuk Jordan Henderson. 



Liverpool akan dapat 2 gelaran liga sekaligus, menjadikan jumlah keseluruhan gelaran kepada 20 gelaran, sama dengan Manchester United. 

Berita ini sudah tentu tidak mahu didengari oleh penyokong-penyokong Manchester United terutamanya Garry Neville yang begitu fobia sekali mendengar nama Liverpool. Entah apa lah yang merasuk dalam kepala dia. 

Harap-harap Liverpool menang gelaran liga dua kali secara sekaligus. Ini satu bonus kepada Liverpool dan pengubat kepada luka Gerrard selama ini. 



No comments:

Powered by Blogger.