Liverpool Akan Tawarkan Gaji RM4,781 Sejam Kepada Van Dijk - MyRating

Liverpool Akan Tawarkan Gaji RM4,781 Sejam Kepada Van Dijk


Eh sikit je gaji RM4,781 tu? Oh ingatkan gaji sebulan, rupanya itu gaji sejam secara puratanya yang diterima Van Dijk di Liverpool dalam kontrak baru yang akan ditawarkan Liverpool. 
Liverpool dilaporkan sedia menawarkan kontrak lumayan berjumlah 50 juta (RM267.8 juta) kepada Virgil van Dijk dalam usaha memastikan tonggak pertahanan itu kekal di Anfield.
Ini semua gara-gara niat jahat Juventus hendak pancing Van Dijk dan hendak bayar USD$150 juta untuk membawa Van Dijk ke Italy bagi digandingkan dengan juniornya di sana iaitu Matthijs De Ligt. 
Apa lagi, Liverpool pun siap sedia lah duit. Ingat Liverpool tak ada duit ke?
Sekarang ni gaji Van Dijk adalah sebanyak 125,000 pound (RM669,443) seminggu ketika ini dijangka  menikmati kenaikan gaji kepada 150,000 pound (RM803,331) sekali gus memastikan dia kekal menyarung jersi Liverpool untuk jangka masa panjang.
Kalau kira dalam masa sehari, gaji Van Dijk adalah sejumlah RM114,761. Kalau kira dalam seminit adalah sejumlah RM79.69 seminit. Jadi kalau Van Dijk main selama 90 minit, jumlahnya adalah RM7,172 satu perlawanan. 

Difahamkan, rundingan kontrak baharu buat Van Dijk diletakkan sebagai keutamaan oleh pemilik kelab berikutan impak yang dibawa pemain antarabangsa Belanda itu sejak dia bersama pasukan dua tahun lalu.
Musim pertamanya bersama The Reds menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) 2019 selain membantu kelab itu mendominasi saingan domestik dan di pentas Eropah.
Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam setiap perlawanan bagi musim 2019/2020 dengan Liverpool kini dilandasan terbaik bagi meraih gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 30 tahun lalu.
Terbaiklah Van Dijk. Dah jadi legend dah sekarang di Liverpool. 

1 comment:

  1. Be at 35 still can contrbute as long as the same manager that managing him.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.