Danny Murphy Suruh Liverpool Beli Mbappe Untuk Gantikan Firmino
Memandai sungguh la bekas pemain Liverpool ni. Idea tu brilliant tapi masa sekarang ni tak sesuai buat idea yang akan guris hati pemain-pemain Liverpool. Paling penting adalah kena kekal fokus hingga menang EPL, FA Cup dan Champions League sekali lagi. Lepas itu nak beli Messi ke Ronaldo ke ok dah.
BEKAS pemain tengah Liverpool, Danny Murphy menasihati The Reds supaya menggantikan Roberto Firmino dengan Kylian Mbappe untuk memantapkan jentera serangan pasukan itu.
Firmino, 28, antara tonggak utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool musim ini.
Namun pemain kebangsaan Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini dan Murphy percaya Mbappe mahu memperkukuhkan barisan hadapan The Reds.
"Bolehkah anda dapatkan penyerang lain yang boleh menjaringkan banyak gol seperti Firmino? Ya," katanya kepada talkSPORT.
"Firmino adalah pelengkap yang indah untuk corak permainan Liverpool. Jika anda kata tiada siapa seperti Firmino. Dia agak luar biasa dan unik, dia pemain hebat seperti ketika Kevin Keegan pergi dan Kenny Dalglish masuk.
"Adakah dia boleh diganti? Ya. Sesiapa saja. Ia akan mengubah dinamik. Jika Liverpool kehilangan Firmino, pergi dapatkan Mbappe untuk jadikan The Reds lebih menggerunkan," katanya.
Sesedap dia je kan kutuk Firmino, ehhh masa kau main Liverpool dulu bagus sangat ke kau wahai Danny Murphy ooi. Inilah dia aksi Danny Murphy dengan baju Carlberg, ini masa zaman jahiliah Liverpool dulu dulu.
Danny Murphy ni main dengan Liverpool 170 kali, jaring 25 gol antara tahun 1997 hingga tahun 2004. Masa tu dia main sebagai midfield. Main dengan England pun 9 kali ja, jaring 1 gol.
Ehhh rekod kau jaring gol pun tak lah bagus mana sangat. Jadi elok kau jangan kutuk Firmino lebih lebih ya. Cermin diri tu dulu ya.
No comments: