Pos Malaysia Tawarkan Harga Lebih Baik Untuk Pos Barang Ke Luar Negara - MyRating

Pos Malaysia Tawarkan Harga Lebih Baik Untuk Pos Barang Ke Luar Negara


Biarpun Pos Malaysia umumkan kenaikan tarif bermula pada 1 Februari lepas, namun secara perbandingannya kos pengeposan barang yang dibuat oleh Pos Malaysia adalah lebih murah berbanding 116 pesaing yang lain di Malaysia. 

Mengikut maklumat di laman web MCMC, setakat Januari 2020, terdapat 116 syarikat yang telah diluluskan lesen ini oleh MCMC. 

Dalam senarai syarikat tersebut, terdapat 40 syarikat diberikan lesen A, 47 syarikat lesen B dan sejumlah 38 syarikat mendapat lesen C. Hampir 70 syarikat ini mendapat lesen pada tahun 2018 daripada MCMC. Setiap lesen tempohnya adalah selama tiga tahun. 

Di bawah ini, adalah senarai perbandingan harga daripada empat syarikat yang popular iaitu Fedex, GDex, J&T dan DHL. Perbandingan harga ini diambil daripada open source laman syarikat terbabit dan tidak disusun mengikut susunan. 


Pengguna boleh melihat sendiri bagaimana dalam semua kategori berat barangan, harga yang ditawarkan oleh Pos Malaysia adalah lebih baik dan kompetitif kepada pengguna. 

Bagi harga barang di bawah 250 gram, Pos Malaysia hanya tawarkan harga RM20 sahaja berbanding harga terendah dalam empat syarikat ini iaitu RM68, masih lagi berbeza RM48. 

Dalam kategori barang dua kilogram pun sama, Pos Malaysia tawarkan harga RM110 dan masih lagi murah berbanding harga syarikat yang paling murah itu iaitu RM160.90. Masih berbeza sejumlah RM50.90. 



Oleh itu, pihak MCMC tidak perlulah meluluskan terlalu banyak syarikat pengeposan dan kurier di negara ini. Setakat ini yang begitu wibawa untuk melakukan kerja-kerja ini ada kurang daripada 40 syarikat sahaja. 

Itu pun sudah termasuk syarikat yang berasaskan tech-based dan syarikat-syarikat luar seperti SP Express, J&T, Ta-Q-Bin, DHL dan LazadaExpress. Pihak MCMC perlu mengkaji semula pemberian lesen ini agar syarikat Pos Malaysia boleh bernafas dalam industri ini demi memastikan agar syarikat pos kebangsaan ini terus relevan sepanjang zaman. 

Jika Pos Malaysia diberikan nafas baru maka ianya juga satu berita baik buat semua abang-abang Posmen dan 23,000 staff Pos Malaysia. Tolonglah SKMM, tengok baliklah regulasi syarikat-syarikat ini. Tolonglah, demi abang-abang Posmen sekalian. Mereka ini semua rakyat tempatan, bukan pekerja luar negara. 

No comments:

Powered by Blogger.