Seronok Betul Fan Manchester United Bila Liverpool Kalah Semalam - MyRating

Seronok Betul Fan Manchester United Bila Liverpool Kalah Semalam



Dua hari ini baru nampak fan Setan Merah keluar dari gua. Selama ini senyap sepi di Facebook, macam kera sumbang je kat grup Whatsapp dan macam geng gua je bila bersembang kat meja makan pasal bola. 

Pagi ini dan semalam, bukan main rancak lagi fan Manchester United bercakap pasal bola. Siap buat teori lagi Manchester United boleh potong Liverpool jadi juara EPL kalau Liverpool kalah semua 13 game baki EPL. 

Teori itu diperkuatkan lagi bila semalam, Liverpool tumpas untuk pusingan pertama Champion League 0-1 kepada Atletico Madrid. Sesudah Subuh, semua fan Manchester United dah up status di Facebook, Whatsapp dan Twitter nak troll Liverpool. Seronok sangat mereka troll siap cakap lagi Liverpool shoot 8 kali tapi shoot on target kosong. 



Apa yang haters Liverpool ini tak tahu adalah, dalam game semalam Liverpool control game. 73% possesion ball milik Liverpool. Liverpool passing bola 723 kali berbanding Atletico Madrid hanya sebanyak 277 kali sahaja. Kenapa jadi macam ini, biasalah Atletico semalam ambil idea Ole Gunnar, parking bas di depan gol. 


Tapi ada gak fan dari Barcelona yang cerdik dan pintar mengingatkan bahawa jangan seronok sangat nak troll Liverpool. Dulu Liverpool kalah tiga kosong dengan Barcelona, sekali datang ke Anfield kena balun empat kosong. Betul juga kata-kata penyokong Barcelona tu, tapi geng geng Munyet ni mana faham cakap cerdik pandai ni. 


Fan pasukan Setan Merah kena baca apa yang anak Messi tulis ni. Insaf terus Messi bila kena troll dengan anak dia. Barangkali inilah yang membuatkan penyokong Barcelona pun insaf pagi ini, mereka pada mulanya hendak joint fan Munyet troll Liverpool tetapi tidak mahu joint sekali kerana teringatkan troll anak Messi ini. 

Messi dan Suarez trauma terus bila kalah empat kosong di Anfield. Ingat tu Munyet, jangan seronok sangat ye. Udah udah lah tu fan Menyu, korang pergilah tidur, dah dua hari berjaga waktu pagi. 

Ayat Andrew Robertson kat bawah ini memang power. Boleh la kalau fan Manchester nak guna untuk membawang masa lunch nanti. 






No comments:

Powered by Blogger.