Wajah Pasukan Malaysia Bila Liridon Dan Guilherme Bermain - MyRating

Wajah Pasukan Malaysia Bila Liridon Dan Guilherme Bermain


Baru sahaja dapat kelulusan untuk Liridon Krasniqi beraksi, lepas ini Guilherme de Paula pula akan menyusul. Memang pasukan Harimau Malaya berwajah baru dan semakin garang selepas ini. 

Berikut adalah ramalan kesebelasan utama Pemain Harimau Malaya jika Guilherme dan Liridon masuk nanti. Mat Yat (Akhyar Rashid), Mat Yo, Syafiq Ahmad, Nor Azam Azih, Baddrol Bakhtiar, Nazirul Naim, Irfan Zakaria, Syamer Kutty, Umar Hakeem, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin boleh berada di bangku simpanan untuk masuk sebagai games changer nanti. 



Sebelum ini, tanpa Guiherme yang bermain sebagai seorang penyerang, dan Brenda Gan yang digantung perlawanan, pasukan Malaysia dijangka berwajah begini :


Semalam, FIFA akhirnya memberikan pengesahan bahawa Liridon Krasniqi dibenarkan beraksi untuk skuad kebangsaan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, Liridon kini hanya perlu mempamerkan aksi terbaik bersama JDT sebelum dapat disenaraikan dalam skuad kebangsaan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac depan.

“Liridon sudah dapat kebenaran daripada FIFA untuk disenaraikan beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” katanya kepada Arena Metro.

“Namun, ia bukan tiket untuk dipilih terus mewakili negara kerana perlu juga mendapat persetujuan daripada jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe.

“Kita menilai pemain daripada persembahan terkini dan berharap Liridon memenuhi kriteria yang ditetapkan.”


Guilherme de Paula sudah beraksi di Malaysia sejak tahun 2015 lagi bersama pasukan Selangor, PDRM dan Kuala Lumpur. Keseluruhannya untuk tiga pasukan ini, Guilherme sudah jaringkan 90 gol dalam 127 perlawanan. Secara puratanya, 0.7 gol setiap perlawanan. Agak berbiasa gak Guilherme ni, cuma nama je susah nak sebut. 

Sementara  itu, Guilherme de Paula dijangka menjadi pemain naturalisasi ketiga Malaysia selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, segala dokumentasi dan beberapa bukti telah dikemukakan kepada FIFA, walaupun berdepan kelewatan.



“Namun, kita positif segala halangan terbabit dapat diatasi dengan statusnya akan diumumkan penghujung bulan ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Kemungkinan dia juga boleh beraksi bersama skuad kebangsaan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Perkara terbabit bukan mudah kerana ia perlu memenuhi segala permintaan Fifa, namun kita komited menyediakan apa jua dokumen diperlukan.”

No comments:

Powered by Blogger.