SIA Engineering Co Ltd, (SIAEC) Jadi Rakan Strategik Baru Pos Malaysia - MyRating

SIA Engineering Co Ltd, (SIAEC) Jadi Rakan Strategik Baru Pos Malaysia


Pada 13 Februari 2020, Pos Malaysia menjual 49 peratus pegangan saham dalam Pos Aviation Engineering Services Sdn Bhd yang dimilikinya sebelum ini secara tidak langsung kepada SIA Engineering Co Ltd (SIAEC) dengan harga RM10.09 juta


Satu kenyataan di Bursa Malaysia semalam, Pos Malaysia menyatakan penjualan 49% saham itu adalah bagi memudahkan kemasukan SIAEC sebagai rakan strategik baru Pos Aviation. Untuk makluman Pos Malaysia masih lagi memegang 51% saham dalam Pos Aviation Engineering Services Sdn Bhd. 



Perjanjian pembelian dan pegangan saham sejumlah 7.84 juta milik Pos Aviation kepada SIAEC diurusniagakan semalam di Bursa Malaysia.


“Penyerahan 49% nilai saham ini akan membolehkan Pos Aviation mengembangkan lagi pangkalan pelanggannya dengan meningkatkan kepakaran teknikal mereka dalam sektor penerbangan” kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan media. 

“Pertimbangan nilai akhir akan ditentukan berdasarkan penyata kewangan pengurusan terkini yang ada sebelum tarikh penyempurnaan serta pelarasan dipersetujui” kata Pos Malaysia

SIAEC adalah penyedia utama perkhidmatan MRO pesawat di rantau Asia Pasifik. SIAEC mempunyai rangkaian pelanggan yang luas di 80 negara, kata Pos Malaysia. 

No comments:

Powered by Blogger.