Siapakah Pak Su Mid Yang Ditemui Oleh Tun Dr Mahathir? - MyRating

Siapakah Pak Su Mid Yang Ditemui Oleh Tun Dr Mahathir?



Ramai tertanya-tanya siapakah Pak Su Mid yang ditemui oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di Kuala Nerang pada jam 1.30 petang, hari Sabtu, 15 Februari 2020.



Paksu Mid nie seorang ulama besar di Malaysia. Rumah di Kedah. Paksu Mid menjadi tempat rujukan manusia2 sekitar Nusantara dan yg mengenali beliau. Ramai yg berpandangan Paksu Mid adalah Wali Allah. Paksu ada ilmu laduni. Iaitu Paksu mampu baca isi hati kita.



Dan aku sendiri boleh sahkan yg Paksu boleh tahu kelemahan diri aku time aku jumpa dia dulu. Paksu dlm hidupnya tak pernah tak puasa kecuali 5 hari saja iaitu Aidilfitri, AidilAdha dan 3 hari Tasyrik (hari diharamkan puasa). Guru2 Paksu semuanya Wali Allah. 


Paksu ramai anak murid di China. Paksu mmg terkenal hinggakan ulama2 dari Yaman dan lain2 negara di dunia nie kalau dtg Malaysia dan ada ruang utk singgah ke Kuala Nerang, Kedah, depa akan ziarah Paksu.

Skrg Paksu antara beberapa nama ulama besar yg masih hidup di negara kita. Kalau nak jumpa dengan Pak Su Mid
caranya hanya 1 ja iaitu kena pi Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang. Waktu lawatan 9am-12pm dan 3pm-5pm kalau tak silap. Tp skrg susah dah nak jumpa sbb Paksu tak sihat. Kalau Allah izinkan, mmg rezeki lah org tu.



Berikut adalah ulasan seorang hamba Allah SWT yang pernah berjumpa Pak Su Mid. Moga Allah SWT panjangkan umur Pak Su Mid, amin.

1 comment:

  1. maaf kalau saya agak terkasar..
    sejujurnya, saya ingin tahu latar belakang pendidikan ilmu agama Pak Su Mid ini...

    yang membuatkan saya penasaran lagi adalah mengapa kalau beliau benar² berilmu, kenapa beliau tidak membuka pondok ataupun mengajar di surau², masjid² berdekatan?

    Malahan ada perkhabaran yg kurang enak didengar lagi adalah bahawa Pak Su Mid tidak pergi solat berjemaah..ada juga yg mendakwa bahawa solat Jumaat juga beliau tak pergi!

    Ingatlah semua bahawa kasyaf/ilmu ladunni itu bukanlah kayu ukur kemantapan keimanan seseorg ya.. semoga Allāh Jalla wa 'ala memberikan kita petunjuk..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.