Menteri Kesihatan & Air Suam
MENTERI KESIHATAN & AIR SUAM
Isu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang menyarankan supaya orang ramai minum air suam dalam satu rancangan TV jadi hangat di media sosial.
Segelintir penyokong politik PH mengambil petikan Dr. Adham Baba tersasul menyebut, "15 negeri" ketika sidang media.
Klip beberapa saat itu ialah penambah perisa untuk menggambarkan menteri PN di bawah kepimpinan TS Muhyiddin Yassin gagal.
Berikutan naratif yang dimainkan penyokong PH netizen mula memberikan label "Menteri Air Suam" kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.
Lebih menyedihkan apabila The Malaysian Insight mengeluarkan satu artikel kononnya Kementerian Kesihatan menyangkal saranan Menteri Kesihatan sendiri.
Padahal Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr. Nor Hisham tidak menyangkal saranan Menteri Kesihatan seperti dilaporkan The Malaysia Insight.
Sebaliknya ia tafsiran yang dibuat wartawan The Malaysia Insight sendiri di mana untuk membaca laporan berita penuh pembaca perlu membuat langganan.
Oleh itu, mari fokus mengenai saranan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.
Mitos atau sekadar 'petua peribadi' yang beliau sendiri reka?
Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat hasil kajian yang turut menjadi panduan bagi beberapa institusi kesihatan awam di China:
1. National Health Commission Key Laboratory for Medical Virology, Beijing, China.
2. National Institute for Viral Disease Control and Prevention, Beijing, China.
3. Chinese Center for Disease Control and Prevention, Beijing, China.
4. Heilongjiang Center for Disease Control and Prevention, Hearbin China.
Rujuk paparan tangkap layar yang disertakan dalam posting ini. Saranan Menteri Kesihatan berpandukan kepada kajian. Beliau tidak cakap minum air suam Covid-19 boleh sembuh.
Dengar semula video klip,
"Minum air ini, air masak. Suam sikit...virus tak suka panas... jangan panas sangat la... Virus akan disingkirkan...
... dia (virus) kalau masuk perut ada asid, dia (virus) kalah, yang penting kena singkirkan virus yang ada di kerongkong.."
Mesej Menteri Kesihatan adalah, kena singkir virus di kerongkong. Itulah beliau menyarankan supaya minum air suam.
Saya tidak dengar Dr. Adham Baba ada sebut minum air suam Covid-19 akan sembuh.
Netizen dan golongan "palatau" mungkin tidak tahu apa Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba buat dua minggu jadi menteri kesihatan.
Jadi, saya sertakan sedikit sebanyak jasa dua minggu berdepan gelombang kedua Covid-19.
1. Meluluskan peruntukan RM259 juta bagi membeli ubat ubatan dan kelengkapan untuk 26 buah hospital bagi berdepan gelombang kedua Covid-19.
2. Elaun khas RM400 sebulan untuk semua kakitangan dan doktor iaitu barisan hadapan Covid-19. Tanda penghargaan kepada staff KKM.
3. Sekatan penuh ke atas warganegara Itali, Iran dan Korea Selatan daripada memasuki Malaysia.
4. Mengesan 4,000 individu yang menyertai Tabligh dengan menjalinkan satu kerjasama dengan Ketua Pengarah JAKIM.
5. Mengisytiharkan lebih 400 tempat terdiri daripada Kolej, Institut Latihan dan Politeknik seluruh negara sebagai Stesen Kaurantin.
Saranan minum air suam bagi mengelakkan atau mengurangkan jangkitan.
Sila faham makna "prevent" atau dalam bahasa Melayu bermaksud "Elak".
Sesetengah portal berita online sengaja "click baits" dengan menggunakan tajuk berita yang sensasi dan kontroversi sehingga "misleading information".
Anda netizen?
Jangan baca tajuk sahaja.
"Mencegah lebih baik daripada merawat"
#MOH #COVID19 #KitaJagaKita
Rujukan.
1. http://weekly.chinacdc.cn/en/article/id/ffa97a96-db2a-4715-9dfb-ef662660e89d
2. https://youtu.be/8hLuTaAJjj0
3. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/230747
No comments: