Posmen : Wira Yang Tidak Didendang, Tetap Bertugas Di Saat Orang Lain Berada Di Rumah - MyRating

Posmen : Wira Yang Tidak Didendang, Tetap Bertugas Di Saat Orang Lain Berada Di Rumah



"Kami abam abam Posmen tetap bertugas demi negara. Abam abam Posmen yg tgh bertugas sila up gambar masing masing yg sedang bertugas di lapangan..." ini ayat yang ditulis di Facebook Fan Page Friends of Posmen pada pagi tadi. 

Ternyata seruan itu disahut oleh semua abam abam Posmen dengan mengirim gambar mereka bertugas pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung di negara kita hingga 31 Mac ini. 

Bayangkan dua minggu ini semua abam abam Posmen terpaksa bertugas demi negara tercinta ini. Bayangkan betapa tingginya risiko yang mereka terpaksa tanggung. Semua ini dilakukan kerana tugas untuk negara. 



Kita rakyat Malaysia patut sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada abang-abang posmen dan kurier Pos Laju yang maasih keluar bertugas menghantar surat dan barang yg dihantar oleh para pelanggan walaupun orang lain telah berada di dalam panic mode.

Usaha mereka menghantar surat dan barang sememangnya telah menjadi amanah yang sebati di dalam jiwa raga mereka. 

Mereka sanggup mengharung panas dan hujan serta tidak hairan dgn virus Covid19 yg melanda demi tugas dan amanah. Mereka tidak cepat panik dengan rumours yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Abam abam Posmen ini berhati kental. Cukup kental sekali.

Kata mereka; stay safe dan ambil semua precautions seperti mana yang diminta oleh Kementerian Kesihatan.

Jadi bagi yang bekerja dari rumah sila beri kerjasama kepada Abam Abam Posmen dan kurier Pos Laju yang datang untuk membantu mereka menjalankan tugas dengan selamat.

Good luck abam abam Posmen. Anda adalah hero negara yang tidak didendang. Moga Allah SWT merahmati usaha dan kerja anda. 







1 comment:

  1. Hi page owner...boleh call/whatsapp saya? Nak ucap terima kasih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.