Situasi Sebenar Di Hospital Teluk Intan
LAPORAN MAKLUM BALAS
ISU HOSPITAL TELUK INTAN DI TUTUP
Pihak Hospital
Teluk Intan ingin merujuk semula penularan berita baru-baru ini menerusi media
sosial seperti Facebook dan Whatsapp mengenai isu Hospital Teluk Intan ditutup.
Merujuk kepada sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 25 Mac
2020, Hospital Teluk Intan menutup sementara bangunan Jabatan Kecemasan untuk
menjalankan aktiviti pembersihan dan nyahkuman.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan Kecemasan masih beroperasi di lokasi yang
baru sehingga aktiviti pemebersihan dan nyahkuman selesai dijalankan. Untuk
perhatian semua, Hospital Teluk Intan pada keseluruhannya beroperasi seperti
biasa.
Semua pesakit
dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana Hospital
Teluk Intan telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan
kawalan jangkitan yang perlu.
Orang awam juga disarankan agar mengikut arahan
dan nasihat pihak pengurusan Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari
semasa ke semasa serta tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan
kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.
Sekian, terima
kasih.
Pengarah Hospital Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
25 Mac 2020
No comments: