Covid19 : Peratusan Sembuh Pesakit Malaysia Paling Tinggi Di Dunia - MyRating

Covid19 : Peratusan Sembuh Pesakit Malaysia Paling Tinggi Di Dunia


Syabas dan tahniah, ini bermakna apa yang dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional selama ini berada di landasan yang betul.

Malaysia duduk di tangga teratas di dunia drp segi kadar peratus pesakit yg sembuh drp Covid-19 iaitu sbyk 32.7%, diikuti
Singapura 24.4%, Hong Kong 22.54% berbanding kadar purata dunia sbyk 21.01%.

Kadar pesakit Covid-19 yg meninggal dunia di Malaysia pula adalah yg paling rendah iaitu 1.63% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Ini membuktikan apa yg kerajaan Malaysia lakukan adalah betul dan berkesan dan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

Malaysia mendapat markah 95 daripada 100, ranking pertama dalam kategori kesihatan menurut International Living Annual Global Retirement Index 2019.

Ternyata dalam usaha memerangi Covid19 pun Malaysia sekarang berada di tangga teratas. Rakyat Malaysia pula biarpun dalam PKP, mendapat banyak imbuhan dan bantuan dari kerajaan. Perkara yang sudah pasti tidak ada di negara-negara lain. Bertuahlah jadi rakyat Malaysia.

Syabas Dato Sri Dr Adham, Menteri Kesihatan dan barisan hadapan (doktor, jururawat, pemandu ambulans dan kakitangan perubatan yg lain termasuk cleaner, polis, tentera, KKM, agensi2 dan pihak berkuasa terlibat, sukarelawan, NGO dll yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm memerangi Covid-19) kamu semua adalah wira negara ini.

Teruskan perjuangan kamu demi negara. Insyallah #KitaAkanMenang

No comments:

Powered by Blogger.