Duit Ini Digunakan Jepun Di Tanah Melayu Masa Perang Dunia Kedua
Pada tahun 1988, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan satu buku ringkas mengenai sejarah matawang di Tanah Melayu.
Pada mukasurat 11 dan 12 seperti di foto 1 dan 2, ada maklumat mengenai duit keping duit siling yang ditempa untuk Tanah Melayu oleh pihak Jepun. Apa yang uniknya ia dicetak dengan perkataan MALAYSIA.
Duit ini ditempa pada tahun 1942 di Osaka, Jepun. Diperbuat daripada aluminium, diameter 16 dan 25mm, berat 0.5 dan 1.8gram.
Pada tahun 1986, kedua-dua duit ini telah dibeli dari sebuah organisasi di Singapura dengan harga pada waktu itu USD 4840.00. Kini ianya dimiliki oleh BNM dan disimpan di sana sebagai salah satu bahan sejarah matawang yang berkaitan dengan perang dunia kedua di Tanah Melayu.
No comments: